‘Tuchel Dipecat Kerana Anggap Dia Sentiasa Betul Serta Suka Menyalahkan Orang Lain’

Lothar Matthaus setuju Bayern Munich memecat Thomas Tuchel kerana menurutnya, pengurus itu suka cara pasal menyerang pemain dan pasukannya sendiri di hadapan media.

Tuchel beberapa kali membuat komen kontroversi tentang pemain pemain Bayern. Antaranya dia pernah melabel Joshua Kimmich sebagai terlalu perlahan untuk bermain dalam taktikalnya.

Kenyataan itu membuatkan hubungannya dengan Kimmich reta. Bukan itu sahaja, sebelum ini dia dengan terbuka menyatakan bahawa Harry Kane kurang gembira dengan gaya permainan rakan sepasukannya yang kurang menciptakan peluang gol untuknya.

Beberapa bulan lalu, BILD melaporkan beberapa pegawai tertinggi dalam pengurusan Bayern bengang dengan kenyataan terbaru Thomas Tuchel.

Tuchel tidak berpuas hati dengan cara kerja pengurusan tertinggi Bayern yang dianggap tidak cukup serius dalam memberikan sokongan kepadanya untuk membentuk skuad yang lebih mantap.

Pengurus itu menganggap pasukan Bayern memiliki ‘squad depth’ paling kecil di Bundesliga pada masa ini kerana cuma ada 3 pemain tengah.

Tuchel bengang kerana pengurusan Bayern terlalu lambat bertindak dalam proses mendapatkan Palhinha sehingga gagal melepasi masa yang ditetapkan pada hari terakhir jendela perpindahan.

Selain itu dia juga tidak sehaluan dengan Matthijs de Light. Sambil mendesak kelab mendapatkan bek tengah baharu kerana menurutnya mereka kurang pemain bek tengah.

Itulah sebabnya kelab mendapatkan Eric Dier dari Spurs. Tindakan itu kurang disenangi De Ligt yang musim sebelum ini menjadi pemain utama Bayern.

Musim sebelum ini dia pernah terbuka mengkritik pemain Bayern sebagai tiada keazaman dan kurang rasa tanggungjawab selepas kalah di tangan Leipzig.

Dia juga menganggap Sadio Mane dan Cancelo tidak cukup bagus untuk bermain taktikalnya.

Lothar Matthaus berkata: “Komen dia setiap kali selepas perlawanan, dia sentiasa menyerang pasukan dia sendiri. Dia selalu memberitahu bahawa dia satu satunya orang yang tak pernah buat silap dan semua kesalahan adalah di bahu pemain.

“Sebagai pemain, kamu tak mahu dengar perkara perkara seperti ini.

“Ini bukan sebab pemain [yang tak suka dia], tetapi dia secara umumnya telah menyerang pasukannya sendiri. Dia menuntut pemain melakukan lebih baik. Dan pemain pun rasa benda yang sama, mereka mahukan Tuchel memberikan yang lebih baik.

“Dia sendiri yang menjadikan dirinya sebagai watak kurang disenangi dan kurang popular di kalangan pemain dalam pasukan secara tidak langsung. Kesannya dia tidak mendapat kepercayaan yang sepatutnya seorang jurulatih dapat.”

Seterusnya, legenda Jerman itu yakin bahawa Tuchel akan terus diminta angkat kaki jika gagal dalam aksi menentang Lazio selepas ini.

Walaupun Bayern menyatakan mereka mahu Tuchel terus kekal sehingga akhir musim. Namun Matthaus masih mengingatkan Tuchel bahawa aksi menentang Lazio sangat penting dan boleh menentukan kedudukannya.

“Jika haluan pasukan ini tidak berada di landasan yang diharapkan pada Selasa ini menentang Lazio, Tuchel tidak akan berada di sini lagi. Saya yakin.”

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi