Thomas Tuchel dilaporkan sedang dalam rundingan dengan FA England untuk mengambil alih jawatan pengurus tetap pasukan 3 Singa itu.
England ketika ini dikendalikan oleh Lee Carsley sebagai interim. Dengan pemburuan untuk pengganti Gareth Southgate masih dilakukan.
Nama Thomas Tuchel kini menjadi sebutan media. Laporan dari Jerman menyatakan bahawa pengurus itu sedang dalam fasa rundingan untuk kembali menjadi pengurus.
Tuchel ketika ini masih belum ada jawatan setelah dia dipecat oleh Bayern Munich. Sebelum ini Tuchel dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk Man United. Namun dia menegaskan dia tidak berminat kerana mahu bercuti.
Mungkin sudah tiba masanya dia menamatkan cutinya dan kembali semula ke dunia pengurusan.
Minggu lalu, laporan dari UK menyebut bahawa Man United menjadikan Tuchel sebagai calon utama untuk menggantikan Ten Hag jika pengurus asal Belanda itu dipecat.
Tetapi kini saluran Welt TV di Jerman menegaskan bahawa pengurus itu sudah semakin hampir untuk memuktamadkan perjanjian dengan Enland. Yang mungkin akan menjadikan dia sebagai salah seorang pengurus dengan gaji paling tinggi di dunia.
FA England percaya Tuchel adalah pengurus tepat untuk mengendalikan skuad yang dibarisi ramai pemain muda berbakat besar itu.
Dalam karier pengurusannya, Tuchel pernah memenangi liga bersama PSG. Kemudian kejayaan terbesarnya pastinya di Chelsea dengan membantu kelab itu menjadi Juara UCL. Dia sebelum itu pernah menjadi pengurus Borussia Dortmund di Jerman.
🚨🚨| BREAKING: Thomas Tuchel is in NEGOTIATIONS for the role of England national team coach! 🏴
[@cfbayern] pic.twitter.com/AbxOTurDPz
— CentreGoals. (@centregoals) October 11, 2024