Thomas Tuchel dikatakan baru sahaja menggugurkan bom di bilik persalinan Bayern Munich.
Ini selepas pengurus itu terus terang menganggap pemain pemain Bayern sebenarnya tidaklah sebagus yang dia sangka. Semuanya indah khabar dari rupa.
Selama ini, Tuchel menganggap pemain pemain Bayern sebagai sangat hebat dengan nama nama bintang besar yang ada.
Selepas kekalahan di tangan Bayer Leverkusen, pengurus itu yang bengang telah mengeluarkan kata kata yang dianggap boleh meletakkan masa depannya dalam bahaya.
Menurut laporan Ricardo Basile, wartawan Sky Jerman itu menyatakan, Thomas Tuchel dengan marah dan kecewa menembak pemain pemain Bayern.
“Kamu tidaklah sebagus yang saya sangkakan selama ini. Lepas tu, saya pula yang terpaksa beradaptasi dengan tahap kamu ada,” tegas Tuchel yang seolah olah menyalahkan pemain Bayern sehingga membuatkan dia terpaksa mengikut rentak mereka.
Peminat Bayern menyatakan bahawa Tuchel kini sudah kehilangan kawalan di ruang ganti pemain pemain Bayern. Dan ada yang meminta agar Tuchel dipecat.
He lost the dressing room, sack him
— bayerncentre (@bayerncentre) February 15, 2024
Ada juga yang mengingatkan Tuchel bahawa dia tidak cukup besar untuk berkata begitu di hadapan pemain pemain Bayern. Kerana sebelum ini ramai pengurus yang lebih berpengaruh juga dihumban keluar dari pejabat oleh pemain pemain Bayern.
Bayern dianggap Hollywood FC kerana sikap pemainnya yang diva. Seringkali wujud drama yang tidak disangka sangka dalam kelab itu.
Minggu lalu, Tuchel dikatakan mempertimbangkan untuk keluar dari Bayern. Setelah dia tidak tahu sama ada dia akan terus bersama Bayern lagi.
Tuchel memberikan isyarat kepada Barcelona bahawa dia sedia menggantikan Xavi di kelab itu musim hadapan.
Namun Barcelona menyatakan mereka tidak mahu membayar sebarang yuran perpindahan untuk pengurus. Jika Tuchel berjaya meyakinkan Bayern untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama, maka Barca sedia melantiknya.
🚨💣| BREAKING: Thomas Tuchel has offered himself to Barcelona. [@ffpolo] pic.twitter.com/J1qWtc37Lz
— Football Talk (@FootballTalkHQ) February 14, 2024
Tuchel sebelum ini menyertai Bayern menggantikan Julian Nagelsmann. Ini selepas pengurusan tertinggi Bayern dikatakan sangat terdesak tidak mahu Tuchel disambar kelab lain selepas dia meninggalkan Chelsea.
Nagelsmann dipecat ketika dia sedang bercuti. Bayern menafikan bahawa mereka memecat Nagelsmann kerana mahukan Tuchel. Sebaliknya ianya dibuat atas kesukanan.
Tuchel sebelum ini sudah membuatkan beberapa bintang Bayern kurang senang dengan polisinya. Misalnya Joshua Kimmich pernah meminta Tuchel agar lebih menghormati pemain senior di Bayern dan tidak sewenang wenang menyisihkan mereka atau mengkritik mereka.
Tuchel sebelum ini menyatakan bahawa Kimmich terlalu slow untuk menggalas taktikalnya.
Tuchel screamed at Goretzka&Kimmich to push the ball forward and play fast on counters, even waved his hands like a madman and they still didn't do it.
This isn't on the Tuchel system and he wants fast football, the core is just broken and has ruined the national team too. pic.twitter.com/dEuOlYfF8l— Yung-T (@Timbama90) February 15, 2024
Kemudian, Matthijs De Ligt juga menjadi pemain terbaru tidak berpuas hati dengan Tuchel.
The decision to put De Ligt on the bench against Leverkusen surprised parts of the team and is a clear indication that De Ligt appears to be Tuchel's number 4 centre-back. Tuchel does not rely on De Ligt because the coach wants to give his defenders the advantage in building fast… pic.twitter.com/LxlDjoyoPR
— Bayern & Football (@MunichFanpage) February 13, 2024