Tuchel Jelaskan Counterpressing, Double Pivot Dan Penalti Jorginho ‘Tanpa’ Melompat Dalam Sidang Medianya

Thomas Tuchel diminta menjelaskan tentang penalti Jorginho selepas tamat perlawanan di antara Chelsea dan Spurs.

Chelsea menang tipis satu gol berbalas kosong dalam aksi yang berlangsung di tempat lawan. Gol kemenangan Chelsea adalah menerusi penalti Jorginho.

Penalti Jorginho

Menjelaskan tentang penalti tersebut, Tuchel menyatakan bahawa pasukannya mengadakan sesi latihan penalti khas sejak beliau tiba.

Tuchel memberikan kredit kepada Willy Caballero yang menurutnya telah membantu para pelaksana penalti mereka untuk melakukan latihan serius dan berkualiti.

Caballero memang dikenali dengan kepakarannya dalam penalti.

“Budak budak ni semua melakukan beberapa sesi latihan penalti dalam 9 hari terakhir ini, selepas tamat latihan.”

“Kami memiliki Willy Caballero dan mereka ini yang membantu pengambil penalti menjadi serius, dan jika tidak, anda tidak akan menjaringkan gol.”

“Jadi [selepas latihan tersebut] anda mendapat gambaran yang baik tentang siapa yang mampu dan hari ini adalah Mason dan Jorginho di atas kerta: jadi kami meletakkan dua nama itu [sebagai pelaksana utama].”

Jorginho sebelum ini gagal menyempurnakan beberapa penalti beliau. Namun Tuchel menilai pemain itu sebagai pengambil sepakan penalti terbaik dalam pasukan selepas sesi latihan penalti intensif. Sekaligus mengeluarkan nama seperti Timo Werner.

“Saya bertanya kepada Jorginho sebelum perlawanan, adakah dia merasa yakin untuk mengambil penalti, dan dia berkata, jelas sekali, ya.”

Namun Tuchel tidak mempengaruhi cara Jorginho mengambil penalti seperti yang dirasakan oleh wartawan. Di mana biasanya Jorginho akan melakukan lompatan kecil sebelum merembat masuk.

“Oleh itu, kami mempercayainya, tetapi saya tidak membincangkan bagaimana cara mengambilnya.”

Counte pressing menyekat counter attacking

Tuchel berpuas hati dengan corak counter pressing daripada pasukannya. Counter pressing adalah satu sistem permainan di mana pasukan itu menekan terus pasukan lawan sebaik sahaja mereka hilang bola di kawasan lawan.

Berbeza dengan sistem klasik di mana, hilang bola para pemain kena berundur / drop ke bawah untuk bertahan secara unit.

“Kami telah bermain dengan kekuatan yang kuat dengan tiga bek di belakang, keyakinan, Edouard mengagumkan dengan bola di kakinya, dia menunjukkan aksi yang sangat baik.”

“Seperti yang saya katakan, tiga pemain belakang dengan Andreas masuk sangat mengagumkan.”

“Dua pemain nombor enam [Defensive midfielder/pivot] antara Kova dan Jorginho bermain dengan sangat baik bersama.”

Tuchel menjelaskan, sangat penting untuk melakukan counter pressing yang berkesan untuk menyekat salah sebuah pasukan yang paling bahaya dalam serangan balas iaitu Spurs,

“Ianya kemenangan yang berhak untuk kami. Kami sangat sangat bagus pada separuh masa pertama, counter pressing, dan tidak membenarkan serangan balas daripada lawan kami.”

“Kami agak kekurangan kejituan di dalam kotak serangan, dan tak cukup tenang untuk mendapatkan skor 2-0 ataupun lebih dan membunuh perlawanan.”

“Separuh masa kedua lebih sukar sedikit kerana kami beberapa kali hilang bola dengan mudah, dan hilang sedikit kepercayaan. Namun kami kekalkan intensiti dan struktur di bahagian pertahanan.”

Chelsea mencipta kemenangan kedua era Tuchel. Dan ini adalah perlawanan ketiga berturut turut Chelsea clean sheet dalam 3 perlawanan pertama di bawah Tuchel.

Secara tak langsung Tuchel mengulangi rekod Jose Mourinho pada 2004.

Baca yang lain