Thomas Tuchel menjawab persoalan kenapa Callum Hudson Odoi kerap bertukar tukar posisi di dalam pasukan Chelsea.
Tuchel menganggap Callum Hudson Odoi sebagai pemain penting dalam pasukannya.
Odoi bermain sebagai pemain sayap kiri dalam aksi menentang Norwich City dan Newcastle. Bagaimanapun, dalam perlawanan sebelum ini menentang Southampton dalam Piala Liga, Odoi diminta bermain sebagai bek sayap kanan.
Perubahan kedudukan bukanlah perkara baru bagi Odoi. Sejak dilatih Tuchel, dia sering ditempatkan di beberapa posisi yang lain termasuk wingback.
Walaupun bertukar posisi, Odoi terbukti masih mendapat banyak minit permainan daripada Tuchel. Perkembangan situasi ini pastinya amat memuaskan hati Odoi yang telah mahu pergi musim panas lalu ke Bayern Munich.
Tuchel memuji Odoi kerana pemain itu sanggup melakukannya demi pasukan. Dia sanggup bermain di mana sahaja dia diperlukan.
Setiap perlawanan itu berbeza, maka Tuchel menggunakan Odoi sesuai dengan lawan mereka.
Ada kalanya Odoi akan dimainkan di sebelah kanan untuk sistem yang memerlukan dia membantu pertahanan lebih kerap.
Ada kalanya dia bermain di kiri untuk posisi yang lebih ofensif dan Odoi akan menjadi penyerang sayap.
Tuchel berkata:
“Dia [Odoi] merasakan sukar untuk mendapatkan minit bermain dan mungkin lebih mudah di kelab lain. Namun, anda tidak boleh menjamin perkara itu.”
“Saya dengan tegas berkata kepadanya bahawa kami akan bergantung padanya dan dia menerima peranan itu demi pasukan. Dia masih ada ruang yang besar untuk kemajuan pesat dalam kariernya yang boleh dia lakukan bersama pasukan ini dan kelab ini.”
“Kedudukan terbaik Odoi sepatutnya berada di sayap kanan atau pemain tengah ofensif. Pada dasarnya dia lebih sesuai bermain menyerang daripada bertahan. Namun, demi pasukan, Odoi terbukti sanggup melakukan segala-galanya.
“Adakah sentiasa adil untuk memainkannya sebagai bek sayap kanan? Tidak, mungkin tidak, tetapi dia mahu melakukannya untuk pasukan,” sambung Tuchel lagi.
“Dia sentiasa positif dan dia menunjukkan semangat yang betul. Dia mempunyai pramusim yang hebat, ketika itulah kami menyedari dia boleh bermain di sebelah kiri.”
Daripada kenyataan Tuchel itu, secara tak langsung kita memikirkan mungkin Odoi akan menjadi total player jika terus dibangunkan. Pemain yang boleh menyerang dan bermain posisi pertahanan tanpa ada sebarang masalah.
Misalnya James Milner di Liverpool adalah contoh terbaik untuk total player.