Tuchel Jelaskan Secara Taktikal, Kante Dimasukkan Kerana Chelsea Syok Tunjuk Skil Separuh Masa Pertama

Thomas Tuchel dikenali sebagai seorang pengurus yang sangat jelas tentang apa yang disampaikannya.

Musim lalu beliau pernah menyatakan bahawa beliau tidak gembira dengan beberapa pemainnya yang malas di atas padang.

Dan dalam aksi menentang Aston villa sebelum ini, Tuchel dengan terbuka menyatakan Saul Niguez tidak beraksi bagus dan terpaksa dikeluarkan awal.

Pada masa yang sama mengambil tanggungjawab itu kerana Tuchel menegaskan kesilapan di bahunya kerana terlalu rush pemain yang baru menyertai mereka.

Dalam aksi berdepan dengan Spurs, Tuchel melakukan satu lagi pertukaran awal separuh masa kedua, apabila memasukkan N’golo Kante dan mengeluarkan Mason Mount.

Tuchel mahukan pasukannya bermain sebagai pasukan dan bukannya terlalu individu.

Tanpa berselindung, Thomas Tuchel menyatakan dia tidak gembira dengan gaya permainan Chelsea pada separuh masa pertama yang terlalu banyak melakukan skil individu sehingga tak ingat dunia.

Chelsea mengabaikan disiplin berpasukan, dan terlalu bergantung dengan skil individu berbanding bermain dalam satu unit. Kesannya mereka berdepan dengan masalah di bahagian tengah.

Tweak Tuchel

Memasukkan Kante pada separuh masa kedua merupakan satu tindakan yang sangat bijak dilakukan Thomas Tuchel. Di mana pemain itu memberikan kestabilan di bahagian tengah.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Tuchel berkata: “Kami bermain dengan terlalu banyak bergantung kepada skil individu berbanding dengan permainan berpasukan pada separuh masa pertama.”

“Kami harus lebih bekerja keras dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus. Dan itulah yang kami lakukan pada separuh masa kedua.”

“Kami rapuh pada 45 minit pertama dan tidak tajam di hadapan gol. Kami bukanlah bermain terlalu buruk tetapi kami tidak cukup bagus untuk berdepan dengan pasukan seperti tak Tottenham di halaman mereka.”

“Nampak seperti kami menukar sistem permainan kami.. tetapi sebenarnya kami bermain dengan lebih kepercayaan, lebih bertenaga, lebih kualiti dan lebih tajam.”

“Kami terlupa untuk membawa sikap yang betul serta tenaga yang betul ke dalam permainan kami.”

Kemasukan Kante mengubah stabiliti dan disiplin pasukan Chelsea secara total pada separuh masa kedua.

Di mana mereka lebih kompak ketika bertahan dan langsung tidak memberikan ruang kepada Spurs untuk bernafas dengan intensiti yang lebih kuat.

Chelsea mendapat 3 gol pada separuh masa kedua dan Spurs layu.