Tuchel Kibar Bendera Putih: ‘Jauh Sangat Nak Kejar Tu’

Pengurus baru Chelsea, Thomas Tuchel sudah mengibarkan bendera putih daripada persaingan kejuaraan EPL musim ini, berkata fokusnya ketika ini hanyalah untuk mengecilkan jurang pasukannya dengan kelompok empat teratas dan bukannya mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tuchel menggalas tugasan pertamanya selepas dilantik – menggantikan Frank Lampard yang dipecat. Namun debut Tuchel bermula dengan keputusan seri 0-0 dengan Wolves di Stamford Bridge.

Chelsea kini berada 11 mata di belakang Manchester City yang masih ada baki 1 perlawanan dalam tangan.

Tuchel menepis tanggapan bahawa pasukannya mampu menamatkan saingan di tangga teratas. Sebaliknya misi utama musim ini adalah menamatkan saingan di 4 teratas.

Tuchel berkata: “Kejuaraan liga? Tidak, itu terlalu jauh, dan pada masa yang sama kita kenalah realistik.”

“Apabila kamu menandatangani kontrak sebagai pengurus Chelsea maka kamu telah menandatangani [komitmen] untuk mencabar kejuaraan EPL, UCL dan piala lain yang disertai.”

“Itu sangat jelas sekali. Namun pada yang sama, kita hendaklah realistik, kerana ada banyak lagi pasukan yang berada di atas kami dan kedudukan keempat.”

“Ia mungkin waktu yang tepat untuk kami memperbaiki kedudukan pada pertengahan musim seperti ini. Kami tidak boleh hilang fokus dan melihat terlalu ke depan.”

“Pasukan harus kekal seperti yang ada dan berusha setiap hari untuk meningkatkan lagi permainan kami dan mata yang dicari akan kunjung tiba.”

Tuchel yakin beliau akan membina pasukan yang mampu menyakitkan mana mana lawan mereka selepas ini.

Prestasi hambar Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris telah membuatkan Frank Lampard kehilangan jawatannya.

Sebelum ini Chelsea sudah berikrar akan terus memberikan sokongan kepada Lampard. Malah sanggup memberikan dana untuk perpindahan pemain.

Namun semua itu bukan jaminan. Roy Keane menyatakan bahawa, satu perkara yang Lampard harus sedar, kesetiaan kepada pengurus sangat tipis di Chelsea pada era Roman Abramovich.

Dan ternyata Keano adalah benar. Lampard dipeecat atas keputusan sebulat suara pemilik dan lembaga pengarah Chelsea.

Dalam kenyataan rasminya Chelsea menyatakan bahawa Lampard tidak menunjukkan hala tuju yang jelas kepada kelab dan meletakkan kelab di pertengahan carta liga.

Lampard sudah berbelanja lebih GBP 220 juta untuk membeli pemain seperti di dunia FIFA Career Mode. Malah ada yang menyatakan lebih sukar bermain Football Manager berbanding yang dilakukan Lampard.

Beberapa calon mulai dikaitkan dengan Chelsea. Antaranya Andriy Schevchenko, Thomas Tuchel dan Ralf Ragnick.

Namun akhirnya Tuchel memenangi persaingan.

Tuchel dikenali dengan gaya bola sepak menyerang. Dan Chelsea kini ada dua pemain Jerman yang kurang menyerlah selepas dibeli mahal iaitu Kai Havertz dan juga Timo Werner.

Tuchel dianggap calon terbaik untuk membangkitkan mereka untuk membentuk DNA bola sepak moden.

Havertz dan Werner menjadi antara pemain yang cemerlang di Eropah dalam beberapa musim sebelum ini ketika di kelab lama mereka.

Havertz merupakan rekod pembelian termahal dalam sejarah Chelsea dengan rekod  £71 juta.

Manakala Timo Werner dibeli dengan nilai sekitar  £41 juta. Namun Chelsea tidak melihat peningkatan ataupun impak signifikan pada pemain pemain mega bintang itu di bawah kendalian Lampard.

Kehadiran Tuchel pastinya diharap akan membangkitkan Werner dan Havertz serta bintang bintang lain.

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.