Tuchel Mahu Gabung Semula Dengan Aubameyang

Chelsea kini berusaha untuk mendapatkan Pierre Emerick Aubameyang dari Barcelona. Bekas pemain Arsenal itu bukanlah berada dalam senarai untuk dijual oleh Barcelona.

Namun jika ada tawaran yang baik, Barcelona kemungkinan besar akan melepaskan pemain itu. Hal ini kerana Barcelona sudah mendapatkan Robert Lewandowski sebagai pemain penyerang utama mereka.

Chelsea sudah memulakan rundingan dengan Barcelona untuk mendapatkan pemain tersebut. Selain itu Chelsea turut berminat mendapatkan Benjamin Sesko.

Persaingan untuk mendapatkan Sesko agar sukar. Ini kerana ada banyak kelab mahukan pemain tersebut termasuk Manchester United.

Aubameyang merupakan bekas anak didik Tuchel ketika di Borussia Dortmund. Di mana pengurus asal Jerman itu pernah menganggap dia sebagai pemain yang sangat penting dalam kariernya sebagai pengurus.

Aubameyang menjadi penyerang luar biasa ketika di bawah kendalian Thomas Tuchel di Dortmund. Ketika dia menyertai Arsenal, dia menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran EPL.

Aubameyang malah sempat memenangi 1 kasut emas EPL ketika bersama Arsenal. Tetapi masalah disiplinnya ketika di Arsenal membuatkan dia dibuang dan dijual.

Ketika Aubameyang dibekukan oleh Arsenal, nama Tuchel mulai disorot media sebagai nama yang mungkin akan berminat mendapatkan Aubameyang. Ketika itulah Tuchel menyatakan bahawa dia sentiasa sedia mendengar luahan Aubameyang kerana pemain itu sangat penting dalam kariernya.

Chelsea benar benar terdesak mahukan penyerang baharu. Ini kerana mereka sudah melepaskan Romelu Lukaku. Mereka kini cuma ada Werner yang tidak menunjukkan prestasi terbaiknya sejak berpindah ke England.

Pada masa yang sama, Werner dilaporkan sebagai antara pemain yang mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas ini selain daripada Hakim Ziyech, Cesar Azplicueta, dan Marcos Alonso.

Chelsea sudah berjaya mendapatkan Raheem Sterling dan Kalidou Koulibaly. Namun mereka terlepas beberapa sasaran lain termasuk Jules Kounde dan juga Raphinha.

Posisi penyerang no.9 menjadi keutamaan untuk Tuchel pada ketika ini. Di mana dia merasakan serangan Chelsea tidak ada bezanya dengan serangan mereka pada musim lalu. Selepas kekalahan 4-0 di tangan Arsenal dalam aksi pra musim yang lalu, Tuchel terus menyatakan bahawa, Chelsea tidak boleh mengharapkan lebih banyak daripada barisan serangan mereka, kerana mereka memiliki set pemain yang sama seperti musim sebelumnya dan hasilnya pun pasti sama.

Selain itu Tuchel meminta sekurang kurangnya 3 pemain lagi sebelum jendela perpindahan ditutup.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.