Tuchel Menyampah Dengan Barcelona, Sedia Halang Azpilicueta Ke Nou Camp

Chelsea menjadi pasukan yang paling diganggu Barcelona dalam pasaran perpindahan musim panas 2022. Tuchel dikatakan mulai bengang dan menyampah dengan strategi Barcelona. Mereka seolah olah menunggu Chelsea mengemukakan tawaran rasmi dari segi harga dan bayaran gaji. Di mana Todd Boehly sendiri yang mengetuai rundingan.

Selepas Chelsea berjaya berunding harga yang dianggap terbaik, Barcelona akan masuk dengan tawaran yang sama. Apabila kelab seperti Barca datang, ramai pemain akan tertarik untuk menyertai mereka. Helah yang sama mereka lakukan ketika mendapatkan Raphinha.

Raphinha sebelum itu berjaya disailang oleh Chelsea daripada menyertai Arsenal. Namun kemudian Barca tiba tiba meminta pemain itu menangguhkan dahulu perpindahan ke Stamford Bridge. Raphinha menunggu kira kira dua minggu untuk mengesahkan perpindahan ke Barca. Menunggu kelab itu membidanya. Malah ada laporan menyebut, pada satu ketika ejen Raphinha iaitu Deco sendiri tertanya tanya adalah Barca benar benar masih mahukan pemain itu?

Raphinha sudah mencapai kesepakatan tidak rasmi dengan Barca sejak musim lalu lagi. Namun masalah kewangan Barca membuatkan mereka tidak dapat terus membeli pemain itu. Ditambah dengan kegagalan mereka menjual pemain seperti De Jong, Braithwaite dan juga Memphis Depay.

Seterusnya Chelsea sebelum ini dikaitkan dengan Ousmane Dembele yang menjadi ejen bebas. Barca tiba tiba datang semula dengan tawaran mereka dan mendapatkan semula pemain itu.

Selain itu Barcelona sejak musim lalu sudah memburu pemain pemain Chelsea. Ini termasuk Andreas Christensen, kemudian Marcos Alonso dan juga Cesar Azpilicueta.

Terbaru, Chelsea dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian dengan Sevilla dalam angka 55 juta pound untuk menandatangani Jules Kunde.

Pemain yang biasanya bermain sebagai pertahanan tengah itu dikatakan sangat hampir menyertai oleh The Blues. Tuchel sudah membawa masuk Koulibaly. Namun ianya belum cukup. Ini kerana Chelsea sudah kehilangan Andreas Christensen yang berpindah ke Barcelona dan Antonio Rudiger yang kini berlabuh di Real Madrid.

Walaubagaimanapun, Barca sekali lagi menjadi gangguan kepada The Blues dalam pasaran perpindahan musim panas 2022.

Sebelum ini, Christensen berpindah ke Camp Nou secara percuma dan Chelsea juga tewas kepada Barca untuk mendapatkan tandatangan Robert Lewandowski.

Kini, Blaugrana sekali lagi menjadi pesaing Chelsea untuk mendapatkan tandatangan Kounde dari Sevilla.

Dilaporkan oleh Metro, Kounde tiba tiba memperlahankan rundingan buat seketika kerana permintaan daripada Barcelona. Sevilla mengesahkan bahawa Barca tidak melakukan sebarang bidaan rasmi. Kerana mereka masih lagi menyusun atur semula kewangan mereka selepas mendapat suntikan dana kedua.

Xavi Hernandez didakwa menjadi watak penting yang memainkan peranan dalam memujuk pemain Perancis itu untuk mempertimbangkan tawaran Barca. Dengan berjanji akan membida pemain itu sebaik sahaja menerima dana. Namun Xavi menegaskan bahawa, gaji pemain itu mungkin tidak setinggi ditawarkan Chelsea. Tetapi dia dijanjikan peluang menjadi pemain utama dengan lebih tinggi.

Berbeza di Chelsea yang masih ada Thiago Silva. Pengurus dan legenda Barcelona bercakap dengan Kounde tentang rancangannya dan memberitahu pemain berusia 23 tahun itu bahawa dia adalah bahagian penting dalam hal itu.

Laporan itu mendakwa bahawa Kounde berasa dihormati dan teruja dengan mesej yang dihantar Xavi kepadanya. Menurut Metro lagi, Barcelona kini sedang menyediakan tawaran 55 juta pound dalam masa terdekat. Ini amat berbeza dengan apa yang dikatakan Presiden Barcelona, ​​​​Joan Laporta, sebelum ini yang terbuka menyatakan bahawa dia telah mengaku kalah dalam usaha memburu tandatangan Kounde.

Segala perancangan Chelsea dalam jendela perpindahan kali ini seringkali terganggu kerana Barca. Dan ianya benar benar memberikan impak kepada persiapan mereka.

Kini Thomas Tuchel sedia untuk menghalang Azpilicueta daripada menyertai Barcelona. Sebelum ini Azpi menyatakan bahawa dia sudah meminta dengan cara baik untuk meninggalkan Chelsea dan menyertai Barca. Sambil berharap kelab Chelsea tidak meminta harga tak masuk akal daripada Barca.

Demi menghargai jasa pemain yang sudah lama berbakti itu, Chelsea dikatakan sedia memudahkan urusan Azpilicueta ke Barcelona. Cuma kini situasinya berubah. Tuchel mengakui dia sangat terganggu dengan Barca yang berterusan memburu pemain itu. Dan berkata dia mungkin akan membuatkan Azpilicueta tidak gembira dengan keputusannnya, tetapi pada masa yang sama berharap pemain itu faham.

Fabrizio Romano dalam siaran podcastnya berkata, ada banyak perkara yang membuatkan Tuchel tak gembira dengan Barca, ini termasuk isu melibatkan Raphinha sebelum ini. Seterusnya kelab itu seolah olah benar benar mendesak pemain seperti Azpilicueta dan Marcos Alonso agar segera menyertai mereka.

Tuchel sebelum ini benar benar mahu Christensen kekal dengan Chelsea. Tetapi pemain itu memilih untuk ke Barca.

Dalam sidang media selepas dibelasah Arsenal, Tuchel sempat menggariskan isu ini. Di mana menurutnya di kem Chelsea ada ramai pemain yang memikirkan soal mahu pergi berbanding Arsenal, di mana pemain pemain mereka sudah fokus sepenuhnya kepada kelab.

Baca yang lain