Tuchel Nak Tendang Mane Dan Cancelo, Tidak Menepati Taktikalnya

Thomas Tuchel diberikan kuasa untuk menentukan masa depan Sadio Mane dan Joao Cancelo.

Sadio Mane sebelum ini telah dianggap pembelian merugikan oleh lembaga pengarah Bayern selepas satu mesyuarat dibuat – selepas insiden dia menyerang Leroy Sane.

Ramai ahli lembaga pengarah mengundi untuk menjual Sadio Mane serta merta.

Seterusnya Joao Cancelo pula berstatus pinjaman dengan adanya klausa pembelian tetap.

Namun pemain itu turut tidak menarik perhatian Tuchel untuk membayar klausa itu terlalu mahal untuk ditebus £61 juta.

Thomas Tuchel kemudian menyatakan bahawa dia tidak perlukan Sadio Mane dan Joao Cancelo di dalam pasukannya.

Dari sudut taktikal, Tuchel merasakan 2 pemain itu bukanlah pemain yang benar benar mustahak untuk Bayern yang memiliki ramai pemain berkualiti.

Sadio Mane akan berada dalam senarai jual pada jendela perpindahan akan datang.

Dan Joao Cancelo akan dikembalikan semula ke Man City. Di mana sebelum ini dia sudah tak sehaluan dengan Pep Guardiola kerana bengang menjadi pemain simpanan.

Cancelo mahu menjadi kesebelasan utama setiap minggu.

Di Bayern dia berdepan masalah yang sama. Dia tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Cuma kali ini dia tidak bergaduh dengan Nagelsmann atau Tuchel.

Sadio Mane dikaitkan dengan kepulangan semula ke EPL. Di mana ejen pemain itu mendedahkan Mane mahu kembali ke Liga Inggeris jika dia terpaksa meninggalkan Bayern.

2 kelab London iaitu Chelsea dan Arsenal mulai dikaitkan dengan Mane.

Sementara Cancelo buat masa ini perlu mencari kelab baharu. Ini kerana, dalam rekod sebelum ini, Guardiola adalah jurulatih yang sukar memaafkan pemain yang menentangnya dan besar kepala.

Barcelona antara destinasi yang dipercayai boleh menjadi kelab seterusnya Cancelo. Namun Barca perlu memastikan akaun mereka cukup ruang untuk gaji Cancelo.

Ke manakah destinasi 2 pemain tersebut selepas ini?

Seterusnya Thomas Tuchel turut berminat bergabung semula dengan Kai Havertz dan Mason Mount di Bayern. Jadi sangat penting untuk dia mengeluarkan Mane dan Cancelo terlebih dahulu.

Tuchel akan menguruskan sendiri jendela perpindahan pertamanya bersama Bayern beberapa minggu lagi.

Baca yang lain