Tuchel Pengurus Baru Bayern, Aksi Pertama Lawan Dortmund

Thomas Tuchel rasminya menjadi pengurus baharu Bayern Munich.

Kenyataan media tentang perkara itu sudah pun dikeluarkan oleh kelab gergasi Jerman itu.

Tuchel seperti yang dilaporkan oleh Fabrizio Ronamo sebelum ini, menjadi calon pilihan utama untuk menggantikan Julian Nagelsmann yang sudah hilang mandat di Bayern.

Nagelsmann dipecat selepas dinilai sebagai bertanggungjawab di atas keciciran 10 mata Bayern dalam Bundesliga.

Dan aksi terakhir sebelum rehat antarabangsa, Bayern kalah di tangan Bayer Leverkusen.

Kekalahan yang membuatkan mereka dipintas oleh Borussia Dortmund yang menjadi pendahulu baharu Bundesliga.

Tuchel merupakan bekas pengurus Borussia Dortmund, PSG, dan Chelsea. Pernah membantu The Blues menjuarai UCL beberapa musim lalu.

Tuchel dianggap calon terbaik memandangkan kemampuannya dalam membangunkan pasukan dari segi teknikal dan taktikal.

Antara sebab Nagelsmann dipecat adalah kerana pengurusan tertinggi tidak yakin dengan keupayaan Nagelsmann dalam membangunkan pemain.

Selain itu, Nagelsmann dianggap lemah dalam scouting bakat bakat baharu di pasaran perpindahan.

Seterusnya, Sky Sport melaporkan bahawa ramai pemain utama dalam skuad Bayern Munich sudah tidak sehaluan dengan pengurus tersebut.

Mereka beberapa kali mengadu kepada pengurusan tertinggi tentang Nagelsmann.

Hubungan Nagelsmann dengan pemain pemain pasukannya tidak begitu bagus. Walaupun secara statistik dia mengekalkan Bayern dalam persaingan liga dan memenangi kesemua 8 aksi UCL setakat ini.

Tuchel akan memulakan tugasannya sebagai pengurus baharu Bayern Munich dengan kontrak sehingga 2025.

Dan aksi pertamanya pastinya selepas rehat antarabangsa. Aksi tersebut adalah menentang Borussia Dortmund pada 11 April akan datang.

Baca yang lain