Tuchel Pernah Buat Lukaku Koyak: “Itu Dia Bapak Kau [Conte]”

Thomas Tuchel dikatakan pernah membuatkan Romelu Lukaku koyak dan kecewa di tepi padang.

Hanya kerana dia bergurau dengan Lukaku dengan memberitahu pemain itu: “Itu dia bapak kau.”

Tuchel berkata begitu ketika melihat Antonio Conte lalu di hadapan mereka. Ketika itu Lukaku di bangku simpanan bersama sama dengan pengurusnya Tuchel.

Lukaku yang menganggap Conte sebagai pengurus yang dia sangat gemari dan seringkali menyebut kenangan indah dia di Inter Milan ketika diuruskan Conte.

Pemain antarabangsa Belgium itu sangat lantang mengenai hubungannya dengan bos Itali itu dan pengaruhnya terhadap perkembangannya sebagai pemain.

“Saya kerap bercakap dengan Conte, bukan hanya tentang bola sepak tetapi kehidupan secara umum,” kata Lukaku.

“Ia menyakitkan saya apabila dia meninggalkan Inter, ia adalah antara saat paling sukar bagi saya tetapi saya tidak pergi kerana dia.”

“Saya tahu bahawa kami masih boleh memenangi sesuatu di Inter dengan Inzaghi. Dia adalah pengaruh besar dalam karier saya, dia banyak membantu saya dari segi mental, dia mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang profesional dan bagaimana untuk membuat pengorbanan di dalam dan luar. padang untuk bersedia untuk sebarang cabaran.”

Lukaku pernah membuat Tuchel benar benar marah sampaikan satu tahap Tuchel menggantung pemain itu daripada tugasan.

Ianya kerana Lukaku membuat satu kenyataan tidak profesional dalam temuramah bersama Sky Italia.

David Ornstein dari The Athletic melaporkan bahawa Romelu Lukaku telah digugurkan namanya daripada tugasan menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas wawancara itu disiarkan.

Sebelum itu Tuchel sudah memberikan bayangan bahawa pemain itu akan dikenakan tindakan kerana komennya yang kontroversi dalam temubual dengan Sky Italia.

Tindakan Tuchel itu mendapat pujian ramai pihak. Kerana dia bertegas dengan pemainnya walaupun Lukaku baru dibeli dengan harga sekitar £97 juta. Namun itu bukan alasan untuk pemain berasa diri mereka lebih besar daripada kelab.

Lukaku sebelum itu, mengkritik taktikal Tuchel yang menurutnya menjadi punca dia bergelut dengan prestasi. Pada masa sama Lukaku tak gembira dia disisihkan dalam beberapa aksi walaupun dia merasakan dia dalam kondisi fizikal terbaik.

Lukaku menyatakan bahawa Chelsea bukanlah kelab paling dia sayangi walaupun dia menyokong kelab itu dari kecil.

Di hatinya cumalah ada Inter Milan. Lebih mengejutkan apabila Romelu Lukaku terbuka memberitahu beliau mahu kembali semula ke Inter Milan.

Kenyataan tersebut adalah sangat tidak profesional oleh seorang pemain yang ada kontrak dengan Chelsea.

Jadi, ketika aksi antara Chelsea dan Spurs, Thomas Tuchel telah bergurau sendaloka bersama Singer dengan Lukaku.

Dia berseloroh bahawa Antonio Conte adalah ayah Lukaku.

Malangnya, Lukaku makan hati dan terasa hati dengan gurauan tersebut yang menurutnya tidak menghormatinya dan Conte.

Lukaku dan Tuchel tidak pernah benar benar membentuk kerjasama yang benar benar bagus.

Tuchel malah seringkali menyisihkan Lukaku walaupun dia permain termahal dalam sejarah kelab. Ini kerana Lukaku seringkali menunjukkan aksi tak konsisten.

Lukaku kembali semula ke Inter Milan selepas dia mendesak Tuchel dan pemilik baharu Chelsea, agar melepaskannya pulang ke sana.

Inter berjaya mendapatkan Lukaku secara pinjaman semusim. Dan dilaporkan membayar sekitar EUR12 juta untuk pinjaman tersebut. Inter juga sedia membeli Lukaku secara tetap selepas ini.

Lukaku disambut bak wira oleh peminat Inter kerana dia adalah individu penting memberikan kejuaraan Serie A kembali ke Inter beberapa musim lalu.

Baca yang lain