Tuchel Pernah Rancang Jual Goretzka Dan Kimmich Untuk Rice Dan Palhinha

Joshua Kimmich telah menjadi pemain yang tidak sehaluan dengan Tuchel sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum ini Tuchel dengan terbuka menyatakan bahawa Kimmich terlalu lembab untuk berlari dalam sistem taktikal beliau.

Pada jendela perpindahan pra musim, Tuchel mahu menjual Kimmich dan Leon Goretzka untuk mendapatkan Declan Rice dan Joao Palhinha.

Namun campur tangan orang atasan telah menghalang perkara itu.

Ini ditambah dengan harga Declan Rice yang dianggap terlalu mahal.

Kemudian Bayern berusaha mendapatkan Palhinha namun gagal sebab Fulham telah melengahkan penghantaran dokumen akhir yang membuatkan perpindahan itu gagal walaupun pemain itu hanya menunggu masa diumumkan sebagai pemain baharu Bayern.

Tuchel sudah melepaskan Ryan Gravenberch pada masa itu. Antara sebab dia melepaskan Gravenberch kerana mahu mendapatkan Palhinha. Kerana Tuchel tidak boleh menjual Kimmich dan Goretzka.

Tuchel agak terkejut dengan campur tangan pengurusan tertinggi dalam menentukan penjualan dan pembelian pemain.

Tuchel menyatakan bahawa gandingan Kimmich dan Goretzka tidak akan menjadi pada masa ini.

Tuchel benar benar terdesak meminta BOD membelikannya defensive midfielder.

Perkara yang sama diminta oleh Nagelsmann sebelum ini yang menyatakan bahawa bahagian tersebut sangat penting.

BOD Bayern merasakan mustahil untuk mendapatkan Rice dan Harry Kane dalam satu jendela yang sama. Oleh sebab itu Tuchel meminta restu mereka untuk menjual Goretzka dan juga Kimmich untuk menampung harga itu.

Kimmich benar benar kecewa apabila mendapat tahu dia tidak diperlukan oleh Tuchel. Dan mengancam mahu meninggalkan kelab itu untuk menyertai Barcelona secara percuma.

Kini Kimmich boleh memikirkan soal kembali semula ke dalam skuad utama Bayern.

Peminat Bayern berbelah bagi pandangan tentang Kimmich dan Goretzka.

Ada yang menyatakan dua pemain itu bagus cuma ada masalah bila di bawah Tuchel.

Namun yang lain berkata, harus terima hakikat gandingan dua pemain itu tidak menjadi, lihat sahaja di pasukan kebangsaan Jerman.

Seterusnya ada yang mempersoalkan, jika betul gandingan mereka bagus, kenapa sebelum ini Julian Nagelsmann membawa masuk 3 pemain tengah?

Ini bukan pertama kali Tuchel tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi dalam isu jual beli pemain.

Sebelum ini di Chelsea dia kecewa kerana Todd Boehly campur tangan dalam pemilihan pemain untuk dibeli dan dijual.

Sama juga ketika di Dortmund ketika dia membidas polisi kelab itu yang terlalu banyak menjual pemain dan lokek nak beli bintang baharu yang nama besar.