Tuchel Rindukan EPL

Thomas Tuchel bakal meninggalkan Bayern Munich akhir musim ini. Dan beliau kini merancang untuk kembali semula ke kancah liga Inggeris.

Bayern Munich kini sedang rancak mencari pengganti kepada Tuchel. Di mana nama Xabi Alonso adalah calon pilihan utama mereka.

Cuma ketika ini Alonso tidak mahu berunding dengan mana mana pasukan dahulu kerana dia mahu fokus kepada Bayer Leverkusen yang berpeluang cerah menjuarai Bundesliga.

Tuchel mendapat tekanan tinggi di Bayern dalam beberapa minggu ini. Kekalahan di tangan Bochum meletakkan Bayern kini 8 mata di belakang Leverkusen.

Isu di bilik persalinan juga menjadi perkara yang mempengaruhi Tuchel. Pemain senior seperti Joshua Kimmich retak hubungan dengan Tuchel. Dan pernah memikirkan untuk menyertai Barcelona jika Tuchel terus kekal di Bayern.

Bayern akhirnya mencapai kesepakatan dengan Tuchel utnuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Dan kini dia mahu kembali ke EPL. Sebelum ini Tuchel sudah pernah menyatakan bahawa dia sangat sukakan bola sepak di England.

Dia pernah mengendalikan Chelsea dan membawa mereka menjadi juara eropah.

Namun dia dipecat pada awal musim lalu dan digantikan dengan Graham Potter.

Tidak lama selepas itu dia dilantik menjadi pengurus Bayern menggantikan Julian Nagelsmann.

Sami Mokbel melaporkan bahawa Tuchel berminat untuk mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris sekali lagi. Itu dianggap isyarat jelas kepada kelab seperti Liverpool yang sedang mencari pengganti Jurgen Klopp.

Liverpool juga antara kelab yang dikaitkan dengan Xabi Alonso. Namun Liverpool sedar bahawa mereka perlu bersaing dengan Bayern Munich.

Liverpool turut dikaitkan dengan Roberto De Zerbi.

Tuchel jelas sekali tidak memikirkan soal rehat selepas dilepaskan Bayern pada akhir musim ini. Dia mahu terus bekerja.

Pengalaman dan pencapaian Tuchel bersama Chelsea mungkin akan menjadi perkara yang mampu membuatkan Liverpool tertarik dengan pengurus ini.

Selain itu dia pernah juga menyambung projek Klopp ketika di Dortmund satu ketika dahulu. Dan dia melakukannya dengan baik sekali.