Thomas Tuchel tidak selesa mendengar ada pihak menyatakan bahawa dia cuma memainkan sebahagian sahaja peranan daripada kejuaraan UCL musim lalu.
Chelsea memulakan tugasan UCL mereka musim ini selaku juara bertahan.
Thomas Tuchel tidak rasa dia harus dilabel sebagai ‘pemenang separuh’ kejuaraan itu.
Tuchel kali ini sudah bersedia membuktikan bahawa beliau mampu untuk membawa Chelsea melepasi peringkat kumpulan dengan cemerlang seperti mana Lampard melakukannya musim lalu.
Tuchel akan bermula sendiri dari garisan permulaan.
Tuchel mengambil alih daripada Frank Lampard pada akhir Januari lalu. Dan beliau berjaya membantu Chelsea menamatkan saingan di slot UCL serta menjuarai Liga Juara Juara Eropah bersama The Blues.
Tuchel melakukan tugasannya dengan sangat baik dalam 4 bulan terakhir musim lalu. Tuchel sebelum ini berkali kali memberikan penghargaan kepada Lampard. Namun tidak selesa dengan media Inggeris yang terus cuba memperlekehkan dan memperkecilkan sumbangannya dalam kejayaan Chelsea.
Seorang wartawan kemudian mengemukakan soalan yang sama, adakah Tuchel akan mampu membawa Chelsea juara kali ini dengan bermula dari peringkat kumpulan?
Soalan itu seolah olah mempersoalkan kejuaraan milik Tuchel bersama Chelsea musim lalu, kerana di peringkat kumpulan, Lampard adalah pengurus Chelsea.
Peminat Chelsea sendiri tak percaya dengan soalan seperti itu. Kerana bagi mereka Tuchel sudah mengubah Chelsea sepenuhnya dari segi karakter dan membuatkan pemain pemain tak diingini Lampard seperti Rudiger menjadi pemain yang bagus.
Pada satu ketika Lampard turut mempertimbangkan untuk melepaskan N’golo Kante, namun pemain itu ternyata masih kekal pemain penting Chelsea selepas Tuchel mengambil alih.
Wartawan tersebut berkata: “Kamu tidak mengendalikan Chelsea pada peringkat awal, dan hanya masuk pada pertengahan kempen [UCL].”
“Saya cuma nak mengetahui apa dalam fikiran kamu, bukankah kamu harus melakukannya dari awal sampai akhir untuk mengklaim bahawa ini adalah kejuaraan UCL kamu yang sebenar?”
Tuchel berkata: “Saya tak pernah ada masalah langsung dan sepenuhnya menerima hasil kerja Frank [Lampard] sepanjang pusingan kelayakan [musim lalu].”
“Ini adalah perkara yang saya terima dan saya kemudian masuk. Ini masih terasa kejuaran ini milik saya! Bukannya separuh kejuaraan Liga Juara Juara Eropah sahaja. Saya menerima bahawa Lampard memainkan peranan beliau.”
“Dan saya kemudian bertanggungjawab membimbing pasukan menempuhi pusingan kalah mati.”
“Saya rasa pada masa ini, pasukan saya semua bersatu hati dalam perkara ini. Ini bukan bermakna kami menafikan usaha dan kerja yang Frank lakukan.”
"It was never a problem for me to accept the work from him throughout the group stage. It still feels like my title, not half the #UCL. It is my team… Doesn't mean we deny the work he did." – Thomas Tuchel, when Pressmen cornered him with a controversial Frank Lampard question. pic.twitter.com/SIlO4MryIi
— #TotalGossips (@total_gossips) September 14, 2021
“Adakah kami ada merasakan kami perlu buktikan sesuatu? Termasuk saya sendiri. Tidak! Kami tak ada kaitan dengannya [kenyataan yang cuba membandingkan Tuchel atau Lampard, siapa lagi berhak].”
“Kami mahu menang lagi kejuaraan ini, namun kami harus menerima hakikat bahawa betapa sukarnya pertandingan ini.”
Who is this Journalist? I’m outraged he’s actually questioned Tuchel’s UCL win because Lampard got us through the early stage of the competition…
Tuchel laughs and then responds 😂 pic.twitter.com/w1I8XOzvrC
— Pys (@CFCPys) September 13, 2021
“Tak siapa pun malu mengaku bahawa kami mahu memenangi semua pertandingan yang kami bertanding. Jadi, apabila bermain di UCL, kami akan berjuang bermati matian untuk mendapatkan hasil terbaik, dan esok kami mahukan 3 mata.”
“Ianya macam ni la, kami mahu memulakannya dengan baik. Kami harus bermula semula dari bawah. Dan kemudian nanti kita lihat sejauh mana perjalanan kita.”
“Saya sangat berharap saya dapat membuktikan kepada kamu bahawa saya boleh membimbing pasukan ini sepanjang kejohanan ini. Bukannya koyak atau sakit hati, kita cuma nak turun bermain dengan perasaan positif dan itu sangat penting.”