Thomas Tuchel dilaporkan setuju dengan syarat untuk menyertai skuad kebangsaan England. Bekas pengurus Chelsea itu sudah sedia untuk kembali ke alam pengurusan. Dan kali ini cabarannya berbeza, di mana dia akan mengendalikan skuad kebangsaan buat pertama kali.
Nama Tuchel dikaitkan dengan England sejak minggu lalu, apabila laporan di Jerman menyebut pengurus itu sudah hampir pasti akan menjadi pengurus baharu Tiga Singa.
Rundingan antara kedua dua pihak dilaporkan lancar dan positif. Dengan Tuchel sendiri sangat faham dengan tekanan dan cabaran dia akan hadapi sebagai pengurus England.
Selain Tuchel, nama Pep Guardiola turut menjadi sasaran England. Tetapi pengurus itu tidak berminat dengan jawatan ditawarkan England. Dan ini menjadikan Tuchel sebagai pilihan utama untuk menggalas tugasan itu.
Tuchel akan memuktamadkan perjanjian itu dalam masa terdekat dan FA England dijangka akan terus membuat pengumuman rasmi perkara tersebut.
Tuchel mulai membuka pintu untuk berunding dengan England sejak Julai lalu menurut The Times.
🚨🏴 BREAKING: Thomas Tuchel has completed the agreement to become new England manager.
Terms agreed, contract set to be signed with an official statement expected soon.
Tuchel opened doors to England job in July and it’s now a done deal, as @TimesSport reported.
Here we go ✨ pic.twitter.com/3AjBrcjlIZ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 15, 2024
Sebelum ini pengurus interim Lee Carsley sudah menegaskan bahawa dia mahu kembali semula ke pasukan B-21. Sambil berpendapat bahawa jawatan pengurus England adalah untuk mereka yang berkelas dunia dan banyak trofi.
“Jawatan ini layak untuk pengurus yang berkelas dunia dan memenangi banyak trofi sahaja. Dan saya masih dalam perjalanan ke arah itu,” tegas Carsley.
Tuchel memiliki rekod yang hebat di peringkat kelab terutama sekali ketika membantu Chelsea menjadi juara Eropah beberapa tahun lalu.
Pengalaman di England sebelum ini mungkin akan memudahkan urusannya dalam mengendalikan skuad berbakat England. Sebelum ini Gareth Southgate melepaskan jawatannya setelah tewas di final Euro buat kali kedua berturut turut.
Skuad England yang ada ini sarat dengan bakat muda yang hebat termasuk Cole Palmer, Bukayo Saka dan juga Phil Foden.
England masih belum pernah memenangi sebarang kejuaraan major selepas Piala Dunia 1966. Dan mereka seringkali gagal untuk menepati ramalan ramai ketika di kejohanan besar walaupun seringkali tampil dengan pasukan serba bitang yang menjadikan mereka pasukan pilihan.