Saul Niguez membuat kejutan apabila menyertai Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan lalu.
Pemain itu turut dikaitkan dengan Liverpool dan Man United. Namun Chelsea dikatakan berjaya memenangi tandatangan pemain antarabangsa Sepanyol itu.
Malangnya, Cedena SER membuat laporan yang mengejutkan ramai pihak. Ini selepas Saul dikatakan tidak pernah ada dalam senarai sasaran Tuchel. Ini kerana Tuchel sebenarnya mencari pemain DM untuk back up kepada N’gol Kante.
Laporan ini agak mengejutkan. Walaupun Tuchel memang mahu mendapatkan pemain tengah, namun Saul tidak berada dalam perancangan projek beliau.
Maka tidak hairanlah Saul hanya bermain beberapa minit sahaja musim ini.
Ada satu perlawanan, Saul dikeluarkan selepas aksi sukar pada separuh masa pertama. Tuchel kemudian dengan terbuka menyatakan bahawa Saul dikeluarkan kerana dia memang beraksi tak bagus.
Namun Tuchel berkata dia bertanggungjawab di atas perkara itu kerana menurunkan pemain tersebut. Pada masa yang sama yakin Saul akan menemui semula prestasi terbaiknya di Chelsea.
Selepas hanya beberapa bulan di Chelsea, pemain itu dikaitkan dengan pintu keluar dari Stamford Bridge.
Chelsea dikatakan mahu menamatkan tempoh pinjaman Saul lebih awal. Saul menyertai Chelsea secara pinjaman dengan bayaran awal £3.4 juta. Opsyen pembelian tetap adalah £30 juta.
Berdasarkan situasi semasa, tidak mungkin Tuchel mahu membuang budgetnya untuk membeli Saul secara tetap.
Wartawan Cedena SER menyatakan bahawa, dalam senarai Tuchel pada pra musim lalu, tidak ada seorang pun nama pemain Sepanyol.
Namun Chelsea mendapatkan pemain itu kerana hubungan mereka dengan ejen pemain tersebut iaitu Jonathan Bernett – ejen yang turut menguruskan Gareth Bale.
Tidak pasti apakah balasan daripada ejen tersebut kepada Chelsea di masa akan datang.
Ini bukan kali pertama Chelsea mendapatkan pemain hanya kerana hubungan mereka dengan ejen pemain. Sebelum ini Malang Sarr pernah ditandatangani hanya kerana permintaan ejen beliau yang sama dengan Lukaku.
Sebagai ganti, ejen tersebut berjanji akan memujuk Lukaku untuk menyertai Chelsea dan memudahkan urusan tersebut.
Cuma bezanya, kos Saul ini sangat besar, di mana pemain itu menerima gaji £200k seminggu.
Ejen kepada Saul meminta Chelsea mendapatkan Saul selepas Atletico cuba mengurangkan bil gaji pemain mereka pada musim ini.
Tuchel did not request the signing of Saul Niguez. Chelsea did not even have the Spanish footballer in their sports plan. His arrival at Stamford Bridge was simply a favor from Chelsea to the player's agents (CadenaSER) #CFC #Atletico
— ChelsTransfer (@ChelsTransfer) November 14, 2021
Ini adalah untuk menampung kos gaji Griezmann yang ketika itu tiba tiba berminat mahu kembali ke Atletico. Diego Simeone turut mahukan Griezmann.
Saul masih ada peluang untuk cuba meyakinkan Chelsea. Namun Atletico sedar hakikat bahawa Chelsea tidak ada menunjukkan tanda tanda mereka mahu menekan butang klausa tetap pada kontrak Saul.
Simeone pula sudah tidak mahukan Saul lagi di dalam pasukannya. Ini selepas pemain itu tidak menunjukkan minat untuk terus kekal di Atletico sebelum ini. Bahkan musim lalu, Simeone dikatakan tidak menawarkan sebarang kontrak kepada Saul.
Jika Saul mahu terus bermain di peringkat tertinggi terutama sekali tak mahu terlepas penerbangan ke Qatar, beliau harus mencari pasukan lain yang menawarkan minit permainan kepada beliau.