Tuchel Terbuka Kritik Pemainnya Selepas Kalah Di Tangan Leipzig

Thomas Tuchel sekali lagi tampil mengkritik pemain pemainnya secara terbuka selepas kalah di tangan RB Leipzig di tempat sendiri.

Bayer kalah 1-3 di tangan Leipzig. Dan kini membuka peluang kepada Borussia Dortmund untuk memintas mereka kembali di tangga teratas liga.

Bayern di hadapan lebih awal menerusi jaringan Serge Gnabry. Namun kemudian melepaskan bolos sebanyak 3 kali pada separuh masa kedua.

Konrad Laimer menyamakan kedudukan pada minit ke-64. Kemudian, Bayern memberikan 2 penalti kepada lawan yang disudahkan Christopher Nkunku dan Dominic Szoboszlai.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Tuchel berkata: “30 minit pertama kami ok je, namun tak lebih daripada itu.”

“Selepas itu, tiada keazaman, tiada tekanan, tiada tanggungjawab.”

“Kami melakukan terlalu banyak kesilapan dalam permainan kami yang tiba tiba sangat teruk. Saya sendiri tak tahu nak jelaskannya macamana,” tegas Tuchel.

Ketika mengambil alih daripada Julian Nagelsmann, bekas pengendali Chelsea itu berpeluang untuk membantu Bayern menamatkan musim sebagai juara treble.

Namun selepas itu Bayern tersingkir daripada DFB Pokkal kemudian tersingkir daripada Liga Juara Juara Eropah.

Kini Bayern berisiko menamatkan musim ini tanpa piala.

Tuchel kemudian ditanya, adakah dia menyesal untuk mengambil alih Bayern pada pertengahan musim berbanding dengan musim akan datang. Ini kerana dia mungkin menyesal mengambil alih projek yang dimulakan Nagelsmann.

Tuchel menafikan dia ada perasaan menyesal mengambil alih di tengah tengah musim.

Tuchel berkata: “Ianya bukan berkaitan dengan apa yang saya harapkan. Apabila pintu itu terbuka, ia terbuka, orang yang mengendalikan kelab ini sudah jelas merasakan bahawa inilah masanya [untuk melantik pengurus baharu], saya bukan nak lari daripada tanggungjawab.”

“Jika kita kehilangan mahkota kejuaraan ketika saya berada di tepi padang, saya yang akan bertanggungjawab. Dan saya tak mahu mencari alasan serta cuba untuk melakukan lebih baik musim hadapan.”

Baca yang lain