Tuchel Tidak Berlapik Kritik Komitmen Pemain: “Kami Kalah Di Tangan Team Tak Main UCL”

Thomas Tuchel ternyata sangat sangat tak gembira dengan kekalahan Chelsea di tangan Arsenal. Di mana Arsenal menang besar 4-0 dalam aksi pra musim melibatkan 2 pasukan seteru London itu.

Gabriel Jesus meneruskan prestasi cemerlangnya di hadapan gol dengan menjaringkan 1 lagi gol pra musim. 3 lagi gol adalah menerusi Odegaard, Bukayo Saka, serta Sambi Lokonga.

Reaksi Tuchel untuk kekalahan

Tuchel mengakui pasukannya berhak kalah. Mereka tidak bagus dari segi fizikal dan mental berbanding dengan Arsenal.

“Saya rasa kami patut kalah, itu sudah cukup adil, kerana kami tidak cukup bagus. Bahagian yang membimbangkan ialah tahap komitmen, fizikal dan mental adalah jauh lebih tinggi untuk Arsenal daripada kami.”

“Kita boleh berhujah mereka mempunyai barisan terkuat mereka, dan ini bukan barisan terkuat kami dan ini adalah sebahagian daripada penjelasannya, tetapi itu hanya sebahagian kecil.”

Seterusnya Tuchel juga tidak menolak hakikat bahawa ada ramai pemain dari pasukannya yang tidak fokus kepada Chelsea buat masa ini. Mereka memikirkan untuk berpindah. Berbanding dengan Arsenal di mana para pemain mereka benar benar komited kepada pasukan. Itu menjadi elemen yang memburukkan lagi situasi, selepas mereka gagal menandingi Arsenal dari segi kecergasan dan fizikal.

“Saya melihat pasukan Arsenal yang komited dari segi mental dan pada tahap kecergasan pada tahap ini, yang tidak dapat kami tandingi secara fizikal dan mental kerana kami mempunyai ramai pemain yang berfikir untuk pergi meninggalkan kelab dan melihat pilihan mereka. Saya rasa itu jelas.”

Selain daripada itu, Tuchel memberikan amaran kepada pengurusan tertinggi bahawa mereka perlu membeli lagi pemain pemain berkualiti. Mereka tidak boleh bersaing dengan pasukan elit lain dengan kualiti pasukan mereka ada. Buat masa ini, Chelsea sudah mengesahkan pembelian Raheem Sterling dan Kalidou Koulibaly.

“Kami memantau segera untuk pemain berkualiti dan sejumlah besar pemain berkualiti. Kami mempunyai dua pemain berkualiti tidak syak lagi tetapi kami tidak kompetitif seperti ini dan anda boleh lihat hari ini.”

Ditanya tentang, apa perkembangan Jules Kounde? Tuchel menjawab: “Tida ada perkembangan.”

Adakah Tuchel bimbang tentang ketumpulan di hadapan gol?

Tuchel menjelaskan: “Itu yang pasti. Pada separuh masa pertama sukar untuk bermain di separuh masa pertama, dengan lawan bermain dengan cara yang positif. Pada separuh masa kedua di mana kami menguasai permainan dan menjadi pasukan yang lebih baik dalam 22 minit pertama. ”

“Semoga kita akan melihat perkembangan tetapi pada masa ini kita mempunyai isu yang sama kerana kita mempunyai pemain yang sama.”

Pandangan Tuchel tentang Koulibaly?

Tuchel: “Dia adalah pemain terbaik di atas padang. Pada suatu petang di mana tiada apa yang terasa baik, ini adalah perkara yang positif daripadanya.”

Wartawan sempat bertanya sejauh manakah jurang antara Chelsea dengan Man City dan Liverpool?

Tuchel berpendapat bahawa buat masa ini, perbincangan itu tidak perlu. Ini kerana mereka baru kalah di tangan pasukan yang tidak bermain di UCL.

Tuchel berkata: “Memandangkan perlawanan kami hari ini, kami tidak sepatutnya menyebut dua pasukan di hadapan kami. Kami benar-benar dikalahkan oleh pasukan yang tidak bermain bola sepak Liga Juara-Juara dan jauh berada di hadapan kami [pada hari ini].”

 

Tuchel kemudian mempertahankan formasi pasukannya. Katanya, formasi atau struktur bukan masalah, namun komitmen para pemain dalam struktur itu adalah masalahnya.

Dia menambah: “Jika anda ingin bermain tiga bek di belakang anda perlu mempunyai tiga pemain center back. Jika anda tidak, ia tidak berbaloi bermain dengan sistem pertahanan bertiga.”

“Memandangkan Kalidou bersedia untuk hanya 25 minit hari ini dan siapa yang tersedia, kami cuba bermain 4-4-2. Saya fikir ia bukan masalah struktur. Ia adalah tingkah laku dalam struktur itu. Itu jauh lebih penting.”

“Kita perlu lebih intensif dan agresif. Tahap komitmen tidak mencukupi. Ia bukan masa untuk memusnahkan kumpulan saya kerana mereka sangat baik dan bekerja keras tetapi untuk hari ini — ini adalah analisis jujur ​​permainan hari ini. Tidak patut diperkatakan tentang perkara ini selepas ini.”

Adakah Tuchel bimbang dengan kekalahan besar ini?

“Saya tidak ingat, bila kami pernah kalah 4-0 dalam pramusim atau dua kali berturut-turut. Saya peminat tegar pramusim yang kuat, tetapi itu bukan bermaksud bahawa pramusim yang baik bermakna musim yang baik.”

“Kami akan terbang pulang sekarang dan pada hari Selasa kami perlu mencari solusi untuk berdiri semula dan mencari jalan melalui ini kerana ia menyakitkan pada masa ini.”

 

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan