Tuchel Tidak Mahu Teruskan Rundingan Dengan United

Thomas Tuchel sudah memutuskan bahawa dia tidak akan menyertai Man United yang masih lagi dalam proses penilaian untuk masa depan Erik Ten Hag.

Tuchel menjadi salah satu calon pengganti jika Erik Ten Hag dipecat. Namun Tuchel sudah menarik diri daripada menyertai United dalam masa terdekat.

Tuchel mahu berehat panjang buat masa ini selepas tugasan terakhirnya bersama Bayern Munich.

Sebelum ini Tuchel berehat sekejap sahaja selepas meninggalkan PSG dia terus menyertai Chelsea. Dan selepas meninggalkan Chelsea dia menerima pula tawaran daripada Bayern Munich.

Menurut sumber Fabrizio Romano, pengurus asal Jerman itu memutuskan untuk tidak meneruskan sebarang perbincangan dengan Manchester United.

https://tiwtter.com/FabrizioRomano/status/1799822667803169091

Sementara itu, sumber yang sama menyebut bahawa, United masih belum memutuskan tentang masa depan Erik Ten Hag.

Ten Hag berjaya memikat semula hati peminat United apabila membantu kelab tersebut menamatkan musim lalu sebagai juara Piala FA menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir.

Namun sebelum itu, Fabrizio Romano melaporkan sebenarnya pengurusan tertinggi United sudah membuat keputusan tentang masa depan Ten Hag tidak kira apa keputusan dicapai dalam Piala FA.

Ten Hag tetap yakin dia akan menjadi pengurus United pada musim baharu. Beberapa nama pengurus dikaitkan dengan United selain Tuchel.

Kieran McKenna antara nama lain. Namun pengendali Ipswich itu sudah setuju dengan kontrak baharu di kelabnya.

Seterusnya nama Mauricio Pochettino juga dikaitkan dengan Manchester United. Ini selepas pengurus itu meninggalkan Chelsea.

Apapun buat masa ini, rata rata peminat Man United mahukan Erik Ten Hag terus kekal di kelab itu kerana mereka yakin pengendali itu akan membangkitkan lagi Man United musim hadapan.

Ten Hag sebelum ini mengeluh tentang kepincangan pasukannya kerana masalah kecederaan. Dan dia yakin jika semua pemain utama mereka cergas, United akan menjadi pasukan yang sangat kuat.

Ten Hag juga menyatakan bahawa dia sudah sedia untuk meneruskan projek musim baharu seperti mana yang dia rancang selepas pertemuan dengan Sir Jim Racliffe sebelum ini.