Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.

Antara insiden yang digariskan Tuchel adalah, Bayern patut dapat satu lagi penalti dalam perlawanan ini. Bayern mendapat satu penalti setelah Leroy Sane dijatuhkan oleh Saliba. Di mana penalti itu disempurnakan oleh Harry Kane.

Namun Tuchel bengang kerana pengadil membuat keputusan yang sukar diterima oleh Bayern Munich. Ini terutama sekali penjelasan yang diberikan pengadil kepada mereka.

Insiden itu berlaku ketika Gabriel Magalhaes memegang bola di dalam kotak penalti. Namun pengadil tidak memberikan penalti.

Tuchel berkata: “Pengadil membuat kesilapan yang besar, ada penalti untuk handball.

“Saya tahu ianya situasi yang gila. Mereka meletakkan bola di atas padang, dan pengadil meniup wisel, kemudian pertahanan mereka mengambil bola dengan tangannya.

“Apa yang membuatkan kami benar benar marah adalah, penjelasan di atas padang.

“Pengadil beritahu kami itu kesilapan ‘budak budak’ [perkara biasa] dan dia tak mahu memberikan penalti untuk insiden itu dalam aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah, ianya teruk, penjelaan yang teruk.

“Kesilapan budak budak? Kesilapan orang dewasa, atau apa sahaja, kami sangat marah kerana ianya keputusan yang besar tidak memihak kepada kami.”

Keputusan pengadil tersebut menurut Tuchel telah menafikan peluang Bayern untuk memenangi perlawanan. Dengan kedua dua pasukan terikat 2-2.

Pada akhir perlawanan pula, Arsenal membantah tindakan pengadil yang tidak memberikan penalti kepada mereka ketika Bukayo Saka mendakwa dia dijatuhkan oleh Manuel Neuer.

Arsenal meminta penalti namun pengadil kekal dengan pendirian merasakan bahwa Saka yang tersandung kakinya pada kaki Manuel Neuer.

Arsenal perlu berkunjung ke Munich selepas ini untuk aksi kedua bagi pusingan suku akhir Liga Juara Juara Eropah. Apa yang melegakan Mikel Arteta adalah format UCL musim ini di mana tidak ada lagi peraturan kelebihan gol di tempat lawan.

Arsenal masih dalam misi  mencari trofi Liga Juara Juara Eropah yang pertama dalam sejarah panjang kelab itu.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang