Tugas Pertama Selepas Rehat, Kim Jong Un Adakan Mesyuarat Bincang Pasal Nuklear Di Tengah Musim Wabak

Setelah beberapa minggu lagi tidak muncul di khalayak ramai, pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, telah memanggil badan pemerintah ketenteraan tertinggi untuk mesyuarat tergempar.

Di kala negara lain sedang sibuk membincangkan soal vaksin, Kim Jong Un pula sibuk dengan urusan pemerkasaan nuklear dan menguatkan lagi pengaruhnya.

Mesyuarat tergempar itu menggariskan “dasar baru untuk meningkat dan memperkasakan lagi” keupayaan nuklearnya dan menaikkan pangkat beberapa pegawai senjata elit, menurut laporan dari Korut.

Kehadiran Kim dalam pertemuan itu adalah urusan kerja pertamanya yang dilaporkan oleh media Korea Utara dalam tiga minggu.

Ketiadaan selama seminggu dari pandangan umum bulan lalu mendorong desas-desus bahawa dia mungkin mempunyai masalah kesihatan atau masalah lain, setelah beberapa bulan lalu dikatakan berdepan dengan masalah kesihatan yang kritikal.

Kim Jong Un telah berehat daripada tugasannya dan menyerahkan beberapa portfolio kepada adiknya.

Semasa mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Tentera Pusat Parti Pekerja Korea yang berkuasa, Kim dikatakan telah menaikkan pangkat Ri Pyong-chol menjadi naib ketua commander,  dan memperluaskan pengaruhnya.

Ri telah bertugas membina senjata nuklear dan peluru berpandu untuk negara Korea Utara sejak sekian lama. Dan merupakan salah seorang pegawai tentera yang paling disenangi oleh supreme leader – Kim Jong Un.

Kim juga menaikkan pangkat hampir 70 pegawai am, mengangkat Pak Jong-chon, seorang komando tentera yang khusus dalam pasukan artileri dan peluru berpandu, menjadi wakil ketua pasukan, hanya setahun setelah dia dijadikan jeneral dan ketua bintang empat kakitangan am tentera Korea Utara.

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi