Tular Pisang Gergasi Di Indonesia

Pisang merupakan salah satu buah yang digemari ramai. Ini kerana ianya sedap dimakan begitu sahaja ataupun dihidangkan dengan cara lain termasuk digoreng dengan tepung.

Pisang juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan terutama sekali untuk membantu pencernaan kita. Pisang merupakan antara  buah yang menjadi pilihan ramai di negara kita.

Baru baru ini telah tular di Twitter tentang pisang gergasi yang dikenali sebagai Musa Ingens. Ia merupakan pokok pisang yang terbesar di dunia.

Ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 20 meter hingga 25 meter sedangkan untuk ketinggian pokok pisang biasa lebih kurang 2-5m sahaja.

Panjang daun pelepah pisang ini sahaja boleh mencecah 5 meter dan lebarnya pula mencecah 1 meter.

 

Setandan pisang boleh mencecah berat sehingga 60kg beratnya. Dengan panjang tandanya boleh sepanjang 15 meter.

Pokok pisang ini tumbuh di Pergunungan Arfak, Papua Barat.

Pohon ini pertama kali ditemui oleh warga Papua bernama Jeff Daniells pada tahun 1989. Ketika beliau menemui pokok pisang ini, pisang Musa Ingens ini sangat megejutkan mereka, penduduk yang ada di situ.

Menurut Kepala Pusat Penelitian Keanekaragaman Hayati (Puslit Kehati) Universitas Papua (Unipa) Manokwari, Charly Heatubun, pisang raksasa ini merupakan tanaman endemik di tanah Papua sahaja.

Kerana setakat ini pisang ini tidak didadapati lagi di wilayah lain di Indonesia.

Pisang raksasa ini tumbuh di kawasan pada ketinggian 1,000 hingga 2,000 meter dari atas permukaan laut.

Pisang ini sangat sulit untuk ditanam. Pisang raksasa ini ditanam semula melalui tunas yang terdapat pada bonggolnya. Namun, kemunculan tunas pada bonggol sangat jarang, sehingga tanaman pisang raksasa ini sukar untuk ditanam.

Malah ada yang melaporkan bahawa pisang ini bercambah dan menjadi pisang masak, mengambil masa sekitar setahun.

Tapi memang besar pisang ni. Kalau habiskan sebijik pisang tu, memang kenyang teruk la.