Tun M Jadi Pemangku Jawatan Menteri Pendidikan

Pada 2 Januari 2020 yang lalu, Dr Maszlee Malik telah melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan.

Maszlee mendakwa beliau terpaksa berbuat begitu kerana seringkali tidak sehaluan dengan kerajaan dalam beberapa isu.

Oleh itu kerusi Menteri Pendidikan masih kosong. Beberapa nama dikaitkan dengan salah satu jawatan terpenting dalam kementerian itu.

Dan jawatan Menteri Pendidikan kini rasminya akan dipangku sementara oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan rasmi telah dibuat dan dihebahkan oleh ejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata:

“Jemaah Menteri pada 8 Januari bersetuju agar jawatan itu dipangku sementara oleh Dr Mahathir.”

“Dr Mahathir akan memangku jawatan itu sehingga Menteri Pendidikan yang baru dilantik.”

Baca yang lain