Tun Wenger: “Ini Peluang Terbaik Arsenal Juara EPL”

Pengurus legenda Arsenal, Arsene Wenger sekali lagi melaungkan keyakinannya bahawa Arsenal boleh menjadi juara EPL pada musim ini.

Beberapa bulan lalu, Wenger sudah menegaskan bahawa dia memilih Arsenal untuk menjuarai EPL musim ini.

Dan kini Tun Wenger lebih yakin bahawa peluang Arsenal semakin baik.

Wenger menganggap musim ini adalah peluang terbaik untuk The Gunners akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan EPL mereka sejak kali terakhir memenaginya pada era Wenger sendiri iaitu 2003/04.

Situasi di Man City dianggap satu setback untuk juara treble itu. City sudah melepaskan Ilkay Gundogan yang pergi secara percuma ke Barcelona.

Kemudian Kevin De Bruyne perlu berehat untuk jangka agak panjang kerana kecederaan. Elemen ini menurut Wenger telah memberikan kelebihan buat Arsenal.

Dan Wenger mahu Arsenal mengambil kesempatan di atas apa yang sedang berlaku kepada pesaing utama kejuaraan itu.

Wenger bercakap dalam siarang podcast Seaman Says. Dia menganggap Arsenal memiliki skuad muda yang berkualiti. Dan skuad muda ini telah belajar untuk lebih kuat secra mentaliti selepas apa yang berlaku kepada mereka musim lalu. Ianya benar benar mencabar mental pemain mereka.

Ini apabila Arsenal berada di kedudukan teratas hampir sepanjang musim, namun terlepas kejuaraan pada bulan terakhir EPL.

Wenger tetap menganggap Man City masih pasukan berkelas dunia tanpa dua nama tersebut di atas padang. Namun dia yakin ketiadaan dua pemain itu adalah peluang untuk Arsenal menjarakkan diri daripada City.

Wenger berkata: “Saya percaya City kehilanga De Bruyne untuk tempoh yang lama. Dan mereka juga sudah kehilangan Gundogan, yang merupakan pemain sangat penting.”

“Walaupun City pasukan yang hebat namun ianya akan memberikan peluang kepada Arsenal untuk mejarakkan diri. Jadi kita [Arsenal] harus menggunakan kesempatan yang ada.”

Wenger bagaimanapun mengingatkan bahawa Arsenal turut bermain di UCL pada musim ini. Keutamaan pasti akan terpecah.

Tun Wenger menambah: “Tetapi harus diingat, kita ada aksi UCL, jadi ianya juga akan meletakkan kita dalam risiko kehilangan beberapa mata.”

Sumber: ATF