TV3 Melaporkan Dani Alves Ditahan Kerana Mencabuli Kehormatan Kaum Wanita

Legenda Brazil dan Barcelona, Dani Alves telah dicekup di Barcelona kerana kesalahan mencabul kehormatan wanita di bandar itu sendiri.

Dani Alves sebelum ini menjadi pemain paling tua bermain untuk pasukan Brazil di dalam Piala Dunia. Rekod itu dicipta ketika dia turun menjadi ketua pasukan Brazil dalam aksi menentang Cameroon.

Dia juga merupakan pemain yang dianggap antara paling berjaya dalam sejarah dengan 43 trofi major.

Namun kini dia berdepan dengan pertuduhan serius ke atasnya.

Menurut laporan TV3 Sepanyol dan Cesena Ser, Dani Alves ditahan pada Jumaat lalu selepas polis menerima laporan daripada wanita tersebut.

Dia melakukan kesalahan itu pada tahun lalu di sebuah kelab malam.

Dani Alves setakat ini menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Mahkamah sudah mengarahkan perintah untuk menahan Alves walaupun tidak berterus terang menyebut nama pemain itu dalam kenyataan umum kepada media.

Mahkamah di Barcelona dalam kenyataannya berkata: “Seorang lelaki ditahan atas jenayah serangan seksual yang membuatkan aduan dibuat oleh seorang wanita. Kejadian berlaku di sebuah kelab malam pada sebuah acara di Barcelona.”

Wanita tersebut mendakwa Dani Alves dengan gatalnya telah menyentuh bahagian sulitnya tanpa kebenaran pada Disember 2022.

Kes masih dalam siasatan kerana pihak polis masih mencari bukti lebih kukuh menyokong dakwaan tersebut.

Wakil kepada Dani Alves mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Alves mencabuli kehormatan wanita lain.

Alves memberitahu saluran Antena 3 pada minggu lalu bahawa dia berada di dalam kelab malam yang penuh dengan pengunjung. Dia sendiri tidak kenal dengan wanita yang membuat aduan itu.

“Saya berada di kelab malam yang penuh dengan pengunjung tanpa menceroboh ruang privasi mana mana pihak.”

“Saya sendiri tidak kenal dengan perempuan itu.. dan bagaimana saya boleh tergamak melakukan perkara seeprti itu atas seorang wanita yang saya sentiasa hormati mereka,” kata Alves.

Dani Alves memang suka menari dan dia seringkali berkunjung ke kelab malam. Seorang pemain yang memiliki sejarah karier yang luar biasa.

Pastinya dia tahu mahu legasinya calar kerana kes seperti ini yang terlalu rempit untuk seorang legenda.

Baca yang lain