Khabib Nurmagomedov telah terlibat dalam satu perseteruan yang agak panas dengan Tony Ferguson. Kedua-duanya sepatutnya dijadualkan bertarung dalam perebutan kejuaraan lightweight UFC249.
Namun ia sekali lagi tak menjadi kenyataan kerana Khabib Nurmagomedov tidak dapat menghadiri acara itu. Ketika ini beliau masih berada di Rusia untuk kuarantin.
Ketika sidang media pengumuman dan sesi face off kedua dua petarung telah menjadi panas Tony Ferguson meminta Khabib membuka cermin matanya dan terpinga pinga Khabib yang tidak memakai cermin mata.
Nurmagomedov kemudian melabel Tony sebagai bodoh dan jangan sesekali nak mengakui dirinya orang Mexico.
“Kau bukan orang Mexico. Kau Mexico Fake. Tadi kau cakap kau orang Amerika. Dan sekarang mengaku orang Mexico. Mana asal kau sebenarnya?”
Malah Khabib telah menyepak bengkung kejuaraan Tony Ferguson.
KHABIB KICKED TONY'S BELT OFF THE STAGE 😱
The #UFC249 face-off was HEATED 👀 pic.twitter.com/0D2C5DKZKj
— UFC on BT Sport (@btsportufc) March 6, 2020
Kedua-duanya saling bertikam lidah dengan memanaskan keadaan. Tony Ferguson menuduh Khabib seorang yang gemuk.
Namun malang sekali acara mereka terpaksa dibatalkan kerana Khabib menarik diri. Tempat Nurmagomedov digantikan oleh Justin Gaethje. Itupun terus meletus beberapa siri perang saraf.
Tony Ferguson menuduh Khabib melarikan diri sebagai pengecut dan dia meminta Khabib memberikannya lokasi untuk dia datang.
Khabib membalas, dia tak pernah takut nak bertarung tetapi keadaan tak mengizinkan. Malah dia menyatakan, dia gembira dapat bertemu dengan Tony Ferguson yang dianggap bakal menjadi lawan sebenarnya untuk legasi.
Khabib kemudian menyatakan, dia akan sentiasa menjadi no.1 dan Tony serta McGregor akan sentiasa di belakangnya.
Dalam pertarungan UFC 249, hasrat untuk Tony Ferguson bertemu dengan Khabib Nurmogomedov sekali lagi tak kesampaian untuk kesekian kalinya.
Ini apabila Tony ditewaskan dan dibelasah teruk oleh underdog Justin Gaethje.
Namun selepas tamat pertarungan, Khabib Nurmagomedov tetap menghormati Tony Ferguson. Bagi beliau pertarungan kali ini sudah berakhir dan apa yang sudah berlaku adalah sudah berlaku.
Malah Khabib memberikan mesej sokongan kepada Tony Ferguson dan menyatakan bahawa, Tony harus bangga di atas apa yang dia lakukan. Pasti keluarga Tony akan berasa bangga dengan pencapaian petarung itu selama ini sudah melalui rekod cemerlang dengan 12 rentetan kemenangan.
Malah Tony sangat liat di dalam octagon. Cuma sedikit terbuai dengan perasaan terlalu yakin. Bayangkan pada pusingan ketiha kedua dua soket matanya sudah pecah terkena tumbukan padu daripada Gaethje. Ramai petarung lain akan tewas dan tidak mampu meneruskan pertarungan.
Namun Tony masih kental bertahan dan di pusingan keempat beberapa kali beliau ditumbuk dengan ‘big punch’. Tony tetap bertahan.
Malangnya, dia semakin sukar kerana terlalu banyak kesakitan kerana ditumbuk akhirnya dia TKO.
Berbanggalah Tony
Khabib berkata: “Apa sahaja yang sudah berlaku itu dah kira barang yang lepas. Berbanggalah Tony. Saya harap segalanya akan baik baik sahaja kepada kamu dan keluarga kamu.”
“Apabila anak kamu membesar nanti, dia pasti akan bangga dengan kamu.”
Walaupun ia masih bukan penamat kepada perseteruan mereka yang dicipta sejak 2015, namun kesemuanya tak jadi bertarung, namun mesej Khabib itu menyentuh hati ramai peminat.
Whatever happened is in the past. Heads up Tony, I hope everything is good with you and your family. When your son grow up, he’ll be proud with you. @TonyFergusonXT
— khabib nurmagomedov (@TeamKhabib) May 10, 2020
Malah ada yang menganggap kenyataan Khabib ini membuktikan dia seorang petarung yang boleh dijadikan role model petarung generasi akan datang.
Selain itu, Tony turut mengucapkan tahniah kepada Justin Gaethje.
“Bushido⚔️Code” Brought Sports Back W/ Class 🎩 # WayOfTheWarrior Win or Lose Always Act Like A Champion 💯 Just Wasn’t My Night #ufc249 Congrats @Justin_Gaethje On A Good Fight -CSO- 🇺🇸🏆🇲🇽 @ufc pic.twitter.com/uLqm8VzVq7
— Tony Ferguson (@TonyFergusonXT) May 10, 2020