Tweet McMahon Ini Beri Petanda Dia Dan Roman Reigns Dah Ngam?

Vince McMahon nampaknya kelihatan seperti sudah tidak marah lagi dengan Roman Reigns. Ianya digambarkan menerusi tweet terbaru beliau.

Sebelum ini kedua dua mereka sangat tak ngam.

McMahon telah mengabaikan nama Roman Reigns dan tidak mahu membincangkan yang apa sahaja tentang penggusti itu dengan sesiapa sahaja termasuk media.

Namun baru baru ini, Vince McMahon mengucapkan selamat hari jadi kepada Roman Reigns.

“Selamat harijadi kepada juara WWE tiga kali, dan bekas juara Universal, Roman Reigns.”

“Penaklukannya yang sukar dicabar di dalam gelanggang dan di luar gelanggang telah menjadikannya sebagai inspirasi dan ikutan ramai orang di seluruh dunia.”

Sebelum ini kedua duanya bergaduh selepas Vince McMahon dilaporkan kecewa dengan Roman Reigns yang menarik diri daripada WrestleMania, hanya sehari sebelum pertarungan.

McMahon Kemudian mengarahkan kesemua video promosi WWE mengeluarkan sebarang imej dan visual yang ada Roman Reigns.

Walaupun sudah banyak klip promosi yang sudah dirakam.

McMahon juga memberikan arahan kepada pengulas agar tidak sesekali menyebut nama Roman Reigns daripada ulasan mereka.

Konnan menyatakan di dalam podcast Beliau bahawa memang ada berlaku pertengkaran melibatkan orang di dalam WWE di bilik persalinan.

Reigns kemudian memberitahu TMZ bahawa beliau terpaksa menarik diri daripada WWE buat sementara kerana dia nak memberikan sokongan kepada keluarganya.

Bukan kerana leukemia yang pernah dihadapinya.

Dengan Tweet daripada McMahon ini bakal memberikan peluang kepada peminat Reigns untuk melihat beliau kembali semula apabila segalanya ok kelak.

Ramai yang mengecam WWE kerana melayan Roman Reigns yang dianggap legenda dan watak penting dalam menaikkan nama WWE pada eranya.

Mereka mahu WWE lebih bagus dalam melayan Roman Reigns yang pernah sakit leukemia dan memerlukan sokongan.

Reigns Yang mengumumkan beliau kembali semula ke WWE selepas sembuh pada Februari tahun lalu.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil