Tweet Terakhir Sebagai Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, Kemaskini Info Pesakit COVID-19

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru sahaja berkongsi berita gembira berkaitan dengan kes COVID-19 melibatkan dua orang pesakit – menerusi Twitter beliau.

Beliau menyatakan bahawa kedua dua pesakit tersebut telah berjaya pulih sepenuhnya.

Pada akhir tweet beliau, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa itu adalah tweet terakhir beliau sebagai Menteri Kesihatan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata:

“Tiada kes positif baharu.”

“Kes-14 dan Kes-19 sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).”

“Jumlah yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini ialah 20 orang.
“Dua lagi masih dirawat di wad dan stabil.”

“Tweet saya terakhir sbg YBMK. TK!”

Ramai pengikut beliau di Twitter menzahirkan rasa sayu dengan tweet tersebut dan mengucapkan terima kasih di atas jasa dan bakti beliau selama 2 tahun sebagai Menteri Kesihatan.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat pujian daripada WHO – kerana langkah pro aktif dalam mencegah dan mengadapi wabak COVID-19.

Malah Malaysia dianggap antara yang terbaik di dunia dalam hal tersebut.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari