Mungkin adaa yang sudah muak dan bosan dengan info seperti ini. Tapi terpaksa tulis juga la. Dah memang saga perpindahan ni panjang dan berjela nak mampos kan.
Sebelum ini perbincangan di antara Manchester United tengah Sporting Lisbon agak bermasalah kerana tawaran harga tidak memuaskan hati.
Man United menawarkan pakej jauh daripada tanda harga yang diletakkan oleh Sporting Lisbon terutama sekali klausa yang dianggap tidak realistik.
Manchester United menawarkan hanya £34 juta dengan bonus tambahan mencecah £25 juta yang hanya akan dibayar jika Bruno Fernandes memenangi Ballon d’Or dan membantu Man United menjuarai Liga Juara Juara Eropah.
Sporting pula mahukan sekurang kurangnya £55 juta bayaran pertama dan bonus sekitar £15 juta.
United kemudian mengancam untuk tidak meneruskan rundingan kerana merasakan Sporting meletakan harga terlalu tinggi.
Ejen kepada Bruno Fernandes, kemudian cuba memperbaiki keadaan. Dan beliau berjaya meyakinkan bahawa Sporting Lisbon sebenarnya sudah meletakkan harga yang terbaik untuk pemain itu.
Sporting Lisbon berkeras tak mahu menjual pemain itu ke Man United dengan bayaran yang tu agak rendah dan bonus yang sukar untuk dicapai.
Dengan jendela perpindahan yang tinggal berapa hari lagi Manchester United akhirnya untuk memperbaiki tawaran Mereka dengan pakej klausa bonus yang lebih realistik.
United kini menawarkan £47 juta dengan klausa ditambah dengan £8.5 juta sebagai bonus penampilan. Ini orang cakap, bonus boleh dapat la, so total di sini dalam £55.5 juta ditambah dalam £4.23 juta lagi jika Man United layak ke UCL.
Baki bonus yang lain £12.7 juta adalah untuk kejayaan lain dalam klausa yang tidak dinyatakan atas sebab apa.
No idea if an initial £46.6m fee plus £8.5m in realistic adds and £12.7m in much tougher ones represents good business for Fernandes as prob only seen him 2-3 times but United believe he’s kicked on significantly over past 6 months #MUFC https://t.co/vGPdwpS9F5
— James Ducker (@TelegraphDucker) January 28, 2020
James Ducker dari Telegraph melaporkan bahawa, Bruno sudah terbang ke Manchester dan sudah menempah sesi ujian medikal di Old Trafford.
Bruno Fernandes flying in to Manchester today ahead of medical with #mufc https://t.co/vGPdwpS9F5
— James Ducker (@TelegraphDucker) January 29, 2020
Sumber Fabrizio Romano juga menyatakan perkara yang sama. Sumber ini menyatakan kedua dua pasukan sangat positif dalam perbicangan kali ini.
Dan Bruno Fernandes dijangka akan mendapat kontrak sehingga 2024.
Bruno Fernandes is “ready to fly” today to Manchester with his agent Miguel Pinho. They’ve flight scheduled on next hours – the contract until June 2024 is almost ready.
‘Green light’ expected by the two clubs, then the deal will be completed and announced. 🔴 #MUFC #Bruno
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 29, 2020
Bruno Fernandes menjadi pemain yang sangat diperlukan Ole Gunnar Solskjaer. Beliau sudah menjadi sasaran Man United sejak perpindahan yang lalu.
United berharap akan dapat menyelesaikan urusan perpindahan pemain ini secepat mungkin, selepas mereka terlepas beberapa pemain lain dalam sasaran kali ini.
Beliau pemain yang boleh bermain di mana-mana posisi di bahagian tengah. Dijangka akan membentuk gandingan dengan Paul Pogba dan Scott McTominay apabila kesemua mereka boleh beraksi.
Kini United masih dalam usaha mencari panic signing untuk penyerang. Mereka terlepas Augustine.
Sekarang ini United sedang mempertimbangkan bekas penyerang Leicester, Islam Slimani sebagai pemain pinjaman.
Manchester United make SHOCK enquiry for Leicester flop Islam Slimani with Foxes set to charge their rivals a £4m loan fee#MUFChttps://t.co/F4twgloevV
— MailOnline Sport (@MailSport) January 24, 2020
Jadi, Man United bersaing dengan waktu dalam perpindahan kali ini. Mereka sangat berharap dapat seorang penyerang selepas kecederaan yang dialami Marcus Rashford.