Twitter Bakal Terima Tawaran Pemilikan $43B (RM187.3 Billion) Dari Elon Musk

NEW YORK, 25 April (Reuters) – Twitter Inc (TWTR.N) bersedia untuk bersetuju menerima bidaan daripada Elon Musk dengan nilai kira-kira $43 bilion dalam bentuk tunai.

Harga yang dikatakan oleh CEO Tesla sebagai tawaran “terbaik dan terakhir” untuk gergasi media sosial tersebut.

Twitter mungkin bakal mengumumkan perjanjian $54.20 setiap saham pada hari Isnin sebaik sahaja lembaga pengarahnya bermesyuarat untuk mengesyorkan transaksi itu kepada pemegang saham Twitter.

Namun ia tidak menolak kemungkinan perjanjian itu juga mungkin akan gagal walaupun tawaran Elon Musk itu dianggap tidak mampu untuk ditolak.

Musk, orang terkaya di dunia menurut Forbes, sedang berunding untuk membeli Twitter dalam kapasiti peribadi dan Tesla (TSLA.O) tidak terlibat dalam perjanjian itu.

Twitter belum dapat memperoleh peruntukan ‘go-shop’ setakat ini di bawah perjanjiannya dengan Musk yang akan membolehkannya mendapatkan tawaran lain sebaik sahaja perjanjian itu ditandatangani, kata sumber sulit memberitahu Reuters.

Namun, Twitter akan dibenarkan menerima tawaran daripada pihak lain dengan membayar yuran perpisahan [break up fee] dengan Elon Musk.

Sumber tersebut menyatakan bahawa mereka tidak mahu namanya didedahkan, kerana perkara itu adalah sulit.

Seterusnya, Twitter dan Musk tidak segera menjawab permintaan beberapa media untuk memberikan komen mereka tentang laporan tersebut.

Sama ada ianya sekadar spekulasi?

Satu Tweet Elon Musk pada 26 April membayangkan bahawa dia benar benar semakin hampir menjadi bos Twitter yang baharu.

Dia berkata: “Saya berharap, walaupun pengkritik tegar saya akan terus kekal di Twitter, kerana itulah makna sebenar kebebasan bersuara.”

Kesan daripada berita tersebut, saham Twitter naik 4.5% dalam dagangan pra-pasaran di New York pada paras $51.15.

Elon Musk, merupakan salah seorang pengguna Twitter yang prolifik, berkata bahawa Twitter perlu diambil secara peribadi untuk berkembang dan menjadi platform tulen untuk kebebasan bersuara.

Dia juga berjanji tidak akan menge-ban atau menyekat mana mana pengguna Twitter hanya kerana mereka tidak sependapat dengannya. Itu demi meraikan kebebasan bersuara.

Usahawan berusia 50 tahun itu, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif perusahan roket SpaceX, berkata dia mahu memerangi troll di Twitter dan mencadangkan perubahan kepada perkhidmatan langganan premium Twitter Blue, termasuk mengurangkan harganya dan melarang pengiklanan.

Elon Musk merupakan, penyokong lantang mata wang kripto, juga telah mencadangkan menambah dogecoin sebagai pilihan pembayaran di Twitter.

Beliau berkata pasukan kepimpinan semasa Twitter tidak mampu untuk mendapatkan saham syarikat itu kepada harga tawarannya sendiri, tetapi tidak berkata ia perlu diganti.

“Syarikat itu tidak akan berkembang maju mahupun memenuhi keperluan masyarakat ini dalam bentuk semasanya,” kata Musk dalam surat tawarannya minggu lalu.

Sehingga ke tahap Musk mendedahkan pegangan dalam Twitter pada bulan April, saham syarikat itu telah jatuh kira-kira 10% sejak Parag Agrawal mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif daripada pengasas Jack Dorsey pada akhir November.

Perjanjian itu, jika ia berlaku, akan datang hanya empat hari selepas Musk melancarkan pakej pembiayaan untuk menyokong pengambilalihan itu.

Ini menyebabkan lembaga pengarah Twitter yang ada pada hari ini tidak cukup kompeten dan perlu mempertimbangkan tawarannya dengan lebih serius dan ramai pemegang saham meminta syarikat itu untuk tidak melepaskan peluang perjanjian itu daripada hilang.

Namun terdapat juga laporan menjelaskan bahawa ketika ini rata rata lembaga pengarah Twitter tidak bersetuju dengan tawaran tersebut.

Ini kerana menurut mereka, penjualan itu seolah olah satu pengakuan oleh Twitter bahawa Agrawal tidak mempunyai daya tarikan yang mencukupi dalam menjadikan syarikat itu lebih menguntungkan, walaupun berada di landasan untuk mencapai matlamat kewangan dengan sasaran keuntungan sangat tinggi yang ditetapkan syarikat menjelang 2023.