Twitter atau X rasmi Nottingham Forest membuat kejutan apabila dengan emosional mengecam VAR.
Mereka dengan terbuka menuduh pengadil di bilik VAR adalah penyokong Luton dan nekad mahu mengambil tindakan yang tegas untuk dipertimbangkan.
Nottingham Forest kini sedang bersaing dengan Luton Town dalam persaingan untuk mengelak penyingkiran pada musim ini.
Forest tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang banyak tidak memihak mereka. Dan mendakwa 3 penalti mereka telah dinafikan oleh pengadil.
Nottingham Forest turut menambah, mereka semakin hilang sabar dengan layanan ke atas mereka. Sebelum ini Forest dikenakan pemotongan mata kerana kesalahan salah urus kewangan.
“3 keputusan pengadilan yang teruk. 3 penalti tidak diberikan. Di mana kami memang tak boleh terima.
“Kami sebelum ini sudah memberikan amaran kepada PGMOL bahawa pegawai VAR adalah penyokong Luton – sebelum perlawanan bermula. Namun mereka tidak menukar dia.
“Kesabaran kami telah diuji beberapa kali. NFFC akan mempertimbangkan tindakan seterusnya,” tulis Tweet itu.
Three extremely poor decisions – three penalties not given – which we simply cannot accept.
We warned the PGMOL that the VAR is a Luton fan before the game but they didn’t change him. Our patience has been tested multiple times.
NFFC will now consider its options.
— Nottingham Forest (@NFFC) April 21, 2024
Dalam aksi menentang Everton, Forest telah kalah 2-0.
Kekalahan itu membuatkan mereka kini cuma 1 mata di atas Luton Town yang berada di zon penyingkiran.
Ramai yang terkejut dengan tweet tersebut. Ada yang membuat semakan dua kali untuk memastikan sama ada tweet itu benar benar daripada akaun rasmi kelab.
Ada yang menjangkakan bahawa Premier League mungkin akan mengenakan tindakan ke atas Forest di atas tindakan pegawai media sosial mereka.
Tidak kurang juga melabel akaun media sosial Forest sebagai tidak profesional dan tweet tersebut sesuai dimuatnaik di akaun peribadi.