Twitter Rasmi Nottingham Forest Tuduh Pengadil VAR Adalah Penyokong Luton

Twitter atau X rasmi Nottingham Forest membuat kejutan apabila dengan emosional mengecam VAR.

Mereka dengan terbuka menuduh pengadil di bilik VAR adalah penyokong Luton dan nekad mahu mengambil tindakan yang tegas untuk dipertimbangkan.

Nottingham  Forest kini sedang bersaing dengan Luton Town dalam persaingan untuk mengelak penyingkiran pada musim ini.

Forest tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang banyak tidak memihak mereka. Dan mendakwa 3 penalti mereka telah dinafikan oleh pengadil.

Nottingham Forest turut menambah, mereka semakin hilang sabar dengan layanan ke atas mereka. Sebelum ini Forest dikenakan pemotongan mata kerana kesalahan salah urus kewangan.

“3 keputusan pengadilan yang teruk. 3 penalti tidak diberikan. Di mana kami memang tak boleh terima.

“Kami sebelum ini sudah memberikan amaran kepada PGMOL bahawa pegawai VAR adalah penyokong Luton – sebelum perlawanan bermula. Namun mereka tidak menukar dia.

“Kesabaran kami telah diuji beberapa kali. NFFC akan mempertimbangkan tindakan seterusnya,” tulis Tweet itu.

Dalam aksi menentang Everton, Forest telah kalah 2-0.

Kekalahan itu membuatkan mereka kini cuma 1 mata di atas Luton Town yang berada di zon penyingkiran.

Ramai yang terkejut dengan tweet tersebut. Ada yang membuat semakan dua kali untuk memastikan sama ada tweet itu benar benar daripada akaun rasmi kelab.

Ada yang menjangkakan bahawa Premier League mungkin akan mengenakan tindakan ke atas Forest di atas tindakan pegawai media sosial mereka.

Tidak kurang juga melabel akaun media sosial Forest sebagai tidak profesional dan tweet tersebut sesuai dimuatnaik di akaun  peribadi.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari