Laman Twitter pasukan dari Bundesliga meneruskan reputasi banter membanter mereka yang hebat. Terbaru RB Leipzig memberikan respons lucu atas kekalahan pasukan Liverpool kepada Watford.
Ia kelihatan seperti Reds akan memenangi Liga Perdana dengan tidak terkalahkan keseluruhan musim ini dan tidak ada sesiapa yang menjangkakan bahawa pasukan Liverpool akan tewas kepada Watford.
Liverpool telah memenangi 26 dari 28 perlawanan Liga hanya satu seri dengan United dan tewas kepada pasukan Watford yang gagal memenangi lima perlawanan liga mereka sebelum ini.
Full-time at Vicarage Road. #WATLIV https://t.co/HW103RRRMp
— Liverpool FC (@LFC) February 29, 2020
Leipzig dengan spontan membalas di Twitter kepada berita kekalahan Liverpool itu dengan gif nakal penyerang bintang mereka Timo Werner kelihatan terkejut pada sesuatu di telefonnya.
— RB Leipzig (@DieRotenBullen) February 29, 2020
Tanggapannya adalah sempurna memandangkan masa itu hanya beberapa hari selepas penyerang itu dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Anfield.
Werner, yang telah menjaringkan 21 gol dalam 23 penampilan Bundesliga setakat musim ini, dikaitkan dengan perpindahan musim panas kepada salah satu pasukan gergasi Eropah yang telah memenangi Piala kelab Dunia (CWC).
Beliau mempunyai klausa pelepasan £ 52 juta yang boleh diaktifkan sehingga akhir bulan April nanti dan khabar angin yang disebarkan awal minggu ini bahawa pemain berusia 23 tahun itu bersedia menolak minat dari Barcelona dan Manchester United untuk memihak dan menunggu tawaran dari Jurgen Klopp.
Sabtu lalu sudah pasti menjadi hari yang serba tidak kena bagi Liverpool, yang telah melewati setahun tanpa kekalahan dan hanya kehilangan dua mata sepanjang musim ini.
— Liverpool FC (@LFC) March 1, 2020
Pasukan Nigel Pearson lebih baik sepanjang perlawanan bahkan mereka mungkin menyangka bahawa pasukannya telah membazirkan peluang untuk menang ketika terlepas peluang awal untuk menjaringkan gol. Manakala Gerard Deulofeu dikeluarkan pada akhir babak pertama.
Bagaimanapun, Ismailah Sarr dan Troy Deeney telah meranapkan impian peminat Liverpool untuk menyaksikan pasukan the Reds menjuarai Liga dengan tidak terkalahkan.
Dua pemain itu bergabung menjaringkan tiga gol pada babak kedua perlawanan untuk memberi Liverpool kekalahan pertama Liga Perdana dari 42 perlawanan.
Prestasi pemain Liverpool agak menurun dan tidak konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.
Hal ini menyebabkan Liverpool telah tewas kepada Atletico dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.
“Up to this point it has been a fantastic season but today we weren’t at the races, we weren’t the Liverpool everyone has watched.
“It’s up to us to get back to that because that’s the only way we’re going to win games and get closer to our targets.”https://t.co/CkM66pTCrm
— Liverpool FC (@LFC) March 1, 2020
Seterusnya mereka sekali lagi tewas dan kali ini mereka tewas kepada pasukan di dasar liga dengan kekalahan 3-0. Klopp harus lakukan sesuatu akan pasukan kendalian beliau kembali mendapatkan rentak kemenangan mereka.
Liverpool akan turun berhadapan Chelsea untuk perlawanan dalam saingan Piala FA pada hari selasa nanti.
Apakah perancangan yang telah dirancang oleh Klopp untuk memenangi perlawanan itu?
Next up: @ChelseaFC 💪
All focus on #EmiratesFACup 👊 pic.twitter.com/LaAkOZcqnq
— Liverpool FC (@LFC) March 1, 2020
Adakah Klopp akan masih menurunkan pemain muda Liverpool untuk saingan Piala FA atau Klopp akan menurunkan barisan utama mereka untuk berhadapan dengan pasukan Chelsea?