Txiki Begiristain Tinggalkan Man City Tahun Depan

Pengarah Sukan Manchester City, Txiki Begiristain dilaporkan sedia untuk meletakkan jawatannya di kelab itu.

Bergistrain menjadi tulang belakang Manchester City dalam menempa kegemilangan pada era pemilikan konsortium dari UAE di kelab itu.

Dia juga dianggap sebagai pengarah sukan terbaik dalam era moden di Premier League. Pep Guardiola seringkali memuji Bergistrain sebagai punca Man City berada di kedudukan mereka pada hari ini.

Guardiola pernah berkata: “Txiki memainkan peranan sangat penting dalam kelab ini. Dia sudah ada di sini sebelum saya tiba dan menstabilkan kelab ini. Dia menjadi watak penting dalam membantu kelab mencapai banyak kejayaan dari segi keputusan di atas padang dan semua perkara. Dia memang sangat penting.

“Saya pernah meminta dia agar lebih banyak berkap dengan media, cakap la sikit, namun dia sangat pemalu. Dia selesa berada di belakang tadbir, sebab itulah semua tembakan daripada media terarah kepada saya.

“Namun perkara ini sama ketika dia di Barcelona. Dia kawan rapat saya dan kami dah kenal satu sama lain dalam 25 ke 30 tahun macam tu. Dia seorang yang sangat tenang yang sempurna untuk membantu kami mengimbangi kerja kami di sini.”

Menurut David Ornstein alasan utama Txiki Bergiristain mahu melepaskan jawatannya kerana dia memang sudah merancang untuk berehat selepas mencecah usia 60 tahun.

Man City sendiri sudah lama tahu tentang perancangannya itu. Dan kelab sudah  ada beberapa nama calon pengganti untuk Txiki Bergistrain.

Laporan sama daripada The Athletic menyebut bahawa, Txiki Begiristain akan menjalani proses serah tugas dalam 6 bulan bermula awal 2025.

Dia akan cuba  memastikan transisi tersebut berjalan lancar dan tidak menyusahkan kelab.

Berita ini pastinya kurang menggembirakan peminat Man City. Namun mereka yakin  kelab  sudah ada calon pengganti terbaik untuk menggantikan Begiristain.

Sepanjang perkhidmatannya di Man City dia bekerjasama dengan Ferran Soriano yang merupakan CEO kelab. Kedua duanya pernah bekerjasama di Barcelona sebelum ini. Oleh sebab  itu mereka sangat serasi.

Sudah banyak kelab yang memantau perkembangan Txiki Begiristain. Terutama sekali bekas kelab lamanya Barcelona. Namun beliau dijangka akan bercuti panjang terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk kembali semula ke dunia pengurusan.