Tyson Fury sangat jujur dalam temu bual pertamanya sejak kemenangan dengan keputusan kontroversi ke atas Francis Ngannou.
Pada Ahad Fury mengenepikan Ngannou dengan kemenangan keputusan juri yang berpecah, yang dipertikaikan selepas pertarungan 10 pusingan di Arab Saudi.
Walaupun dijatuhkan pada pusingan ketiga, Fury menang dengan keputusan 96-93 dan 95-94 pada dua kad hakim, dengan hakim lain mencatatkan 95-94 memihak juara heavyweight UFC Ngannou.
Ramai yang mengutuk keputusan akhir itu dengan melabel Francis Ngannou sebenarnya sudah dirompak. Namun Fury menafikannya. Kerana menurutnya, walaupun Francis Ngannou sempat melakukan pukulan yang membuatkan dia terjatuh, namun selebihnya petarung MMA itu tidak memberikan masalah kepadanya.
Congrats Champ pic.twitter.com/7nvj0DLJPF
— A N Y I D O N (@anyidon247) October 29, 2023
Ngannou bertinju sebagai profesional buat kali pertama, manakala Fury ialah juara WBC dan tidak pernah kalah, yang secara meluas dianggap sebagai petinju kelas berat terbaik.
Ketika ditanya oleh wartawan sama ada dia telah memandang rendah lawannya, Fury, dia berkata: “Anda tidak boleh mengambi mudah apabila berdepan Francis Ngannou.”
“Dia seorang pejuang yang baik dan dia memberikan saya perlawanan yang baik dan itu sahaja. Saya berlatih dengan sangat baik, saya membuat persediaan dengan sangat baik dan saya tidak mempunyai sebarang alasan atau apa-apa.”
“Ia adalah tinju. Beberapa hari anda mempunyai hari yang baik dan beberapa hari anda tidak, dan anda teruskan dan teruskan dan terus bergerak ke hadapan.”
Dia meneruskan: “Biasanya apabila anda mendapat tahu media berkata, ‘Ia pertarunagn yang tidak sepadan dan ia tidak berbaloi untuk ditonton’ anda berada dalam malam yang sukar.”
“Dan jika saya tidak berlatih sekuat yang saya lakukan, saya tidak akan dapat melalui pertarungan itu.”
Apabila ditanya betapa kuatnya Ngannou menumbuk berbanding lawan Fury sebelum ini, petinju itu menjelaskan: “Dia menumbuk kuat tetapi ia adalah hook di belakang kepala kamu, knockdown pada pusingan ketiga.”
“Selain itu dia tidak memberikan banyak masalah lagi kepada saya.”
Mengenai persembahannya sendiri, Fury berkata: “Saya rasa masa saya agak tersasar. Saya sekali lagi telah tidak berada di gelanggang selama hampir setahun. Ia adalah sedikit karat. Ianya seperti yang anda nampak.”
“Ia jauh daripada satu persembahan terbaik saya. Ia bukan Tyson Fury vintaj tetapi dengar anda melakukan apa yang anda perlu lakukan di sana untuk meneruskan dan meneruskan ke yang seterusnya.”
Dia menyambung: “Saya tidak tahu tentang malam yang buruk kerana itu menghilangkan sesuatu daripada persembahan Francis Ngannou. Dia melakukannya dengan sangat baik dan itulah yang sebenarnya. Ia adalah tinju. Anda boleh menjadi versi terbaik diri anda setiap masa.”