Tyson vs Jones Berakhir Seri 76-76; Jones Akhirnya Merasa Sendiri Sakitnya Ditumbuk Iron Mike

Pertarungan di antarfa Mike Tyson dan Roy Jones Jr telah pun tamat. Dalam aksi yang menarik dalam pertunjukan pameran berprofil tinggi itu, pertarungan mereka diisytiharkan sebagai seri.

Jones Jr memulakan pertarungan dengan gaya kakinya yang pantas.

Kedua-dua petinju kemudian mempamerkan aksi yang sengit dan saling berbalas tumbukan di antara mereka.

Jones kelihatan tangkas dengan mengelakkan pukulan Tyson beberapa kali. Keadaan ini berterusan sehingga ke pusingan keempat.

Pada pusingan kelima, Jones mula perlahan kerana stamina. Dia seolah-olah kehabisan tenaga. Tyson menghayunkan beberapa pukulan deras ke arah lawannya.

Namun Jones dapat bertahan sehingga pusingan kelapan. Dia juga turut menghayunkan penumbuk ke arah Tyson beberapa kaki.

Pertarungan amal ini akhirnya seri dengan skor 76-76. Setiap petinju, masing masing menang empat pusingan.

Berikut adalah maklumat lengkah skor setiap pusingan antara Tyson dan Jones; 10-9, 10-9, 9-10, 10-9, 10-9, 9-10, 9-10, dan 9-10.

Pertarungan kedua dua petinju ini mendpat pujian daripada peminat tinju seluruh dunia.

Kedua dua mereka berusia lebih daripada separuh abad. Tyson dan Jones masing masing berusia 54 tahun dan 51 tahun, namun menunjukkan bahawa mereka masih dalam fizikal terbaik.

Selepas pertarungan berakhir, Iron Mike berkata: “Kadangkala 2 minit sudah terasa seperti 3 minit, pada usia kami sekarang.”

“Saya gembira kerana berjaya meletakkan pertarungan ini dalam sejarah karier saya, dan saya akan meneruskan lagi di masa akan datang, mahukan lebih banyak pertarungan, sudah tentunya.”

Jones pula berkata: “Kita harus buat pertarungan seperti ini lagi.”

Jones kemudian menceritakan pengalaman terkena tumbukan daripada tangan Iron Mike. Sebab ketika peak beliau, tumbukan Mike Tyson sangat kuat.

 

“Sebenarnya, sangat sakit dan sukar terkena penumbuk daripada Mike.”

“Ketika dia menumbuk kamu, walaupun dia menyondolkan kepalanya (merujuk pada sondolan kepala yang tidak disengaja), pukulannya, shot ke arah tubuh, semuanya menyakitkan,” kata Jones Jr.

“Jadi nanti saya akan menceritakan pengalaman ini kepada keluarga saya, supaya mereka tahu bagaimana rasanya kena penumbuk Mike Tyson.”