Ucapan Istimewa Dari Benitez Buat Liverpool

Bekas pengurus Reds, Rafa Benitez telah mengucapkan tahniah kepada pasukan Jurgen Klopp setelah mereka berjaya merebut gelaran Liga Perdana Inggeris 2019/20.

Benitez mengucapkan tahniah kepada The Reds menerusi Twitter beliau di atas pencapaian mereka musim ini. Benitez menegaskan bahawa impian akhirnya menjadi kenyataan.

Benitez turut menyatakan bahawa Liverpool sentiasa berada di dalam hatinya, dan istimewa. Malah Benitez masih sangat menghormati Liverpool.

Benitez hampir menjuarai gelaran Liga Perdana 2008/09 bersama. Namun, Manchester United Sir Alex Ferguson terlalu kuat pada akhirnya. Manchester United menamatkan 90 mata pada musim itu. Liverpool menamatkan saingan dengan 86 mata.

Benitez berjaya membantu Reds memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2005, jadi trofi Liga Perdana adalah satu-satunya pencapaian yang gagal berikan semasa berada di Anfield.

Namun, pengurus dari Sepanyol itu masih menjadi legenda Liverpool dari kaca mata saya selaku peminat, tak taulah korang. Ini erana dia memenangi salah satu trofi terbesar dalam bola sepak bersama The Reds.

Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa Klopp telah mengatasi Benitez di Liverpool. Itu kerana Klopp telah berjaya memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool serta UCL sekali dia bagi.

Sekali lagi syabas kepada Liverpool.

“Ini Untuk Kamu Kenny Dan Stevie,” Bercucuran Air Mata Klopp

“Kamu berdua memudahkan tugas saya untuk memotivasikan pemain, kerana budak budak ni semua mengagumi kami,” tegas Jurgen Klopp dalam nada sebak ketika bercakap di Sky Sports.

Kekalahan Manchester City kepada Chelsea bermakna pasukan Liverpool dinobatkan sebagai juara dengan baki tujuh perlawanan lagi.

Liverpool sebelum ini menang ke atas Crystal Palace dalam aksi yang sangat cemerlang. Di mana Liverpool menang 4-0 dalam aksi tersebut.

Klopp kekalahan City dengan para pemainnya di sebuah hotel di Liverpool, dan menahan tangis sebaknya di Sky Sports, ketika dia memuji pencapaian para pemainnya.

“[Malam ini] sungguh tegang, tetapi ini adalah pencapaian luar biasa oleh para pemain saya. Apa yang telah mereka lakukan dalam dua atau tiga tahun kebelakangan ini sangat luar biasa dan sangat menggembirakan saya untuk melatih mereka.”

“Lega kerana gangguan selama tiga bulan ini, di mana tidak ada yang tahu bagaimana ia akan berlaku dan tidak ada yang 100% seperti apa ketika kita kembali. ”

“Saya sangat gembira dengan aksi pasukan kami semalam kerana ia memberikan saya perasaan 100% bahawa kami akan baik-baik saja.”

“Ini untuk anda di luar sana. Ia luar biasa. Saya harap anda tinggal di rumah dan meraikannya. Kami melakukannya bersama pada masa ini, dan dengan sukacitanya dapat melakukannya untuk anda. ”

Kenny Dalglish turut muncul di Sky dalam temuramah itu. Klopp lantas memberikan penghormatan kepada mereka yang telah berada di Anfield lebih dahulu daripadanya.

Sebelum kehadiran Klopp, Kenny Dalglish adalah pengurus terakhir memberikan Liverpool kejuaraan liga dan King Kenny jugalah pengurus terakhir memberikan Liverpool piala iaitu Piala Liga, sebelum era Klopp.

Bagi Klopp, jiwa Liverpool dibina di atas semangat yang ada pada Kenny Dalglish dan Steven Gerrard.

Walaupun agak malang buat capten marvel Liverpool – Stevie G – tidak pernah merasai kejuaraan liga.

Namun Gerrard telah setia bersama Liverpool dalam panas, hujan, badai dan halilintar sekalipun.

Oleh sebab itu Klopp menyatakan para pemain Liverpool yang ada di bawah bimbingannya memiliki jiwa itu dan mudah baginya untuk memberikan motivasi kepada mereka.

“Ini untuk anda juga Kenny, anda harus menunggu selama 30 tahun sebelum kelab anda dapat merebut kembali gelaran ini.”

“Ini untuk Stevie [Gerrard]. Ia dibina di atas jiwa anda Kenny, di kaki Stevie.”

“Budak budak [para pemain] di situ mengagumi anda dan mudah bagi saya untuk memotivasi pasukan kerana sejarah kami yang hebat.”

Sejak mengambil alih Liverpool, Klopp membantu Liverpool merembat

  • 1 Liga Juara Juara Eropah
  • 1 Liga Perdana Inggeris
  • 1 Piala Dunia Kelab
  • 1 Piala Super Eropah

Kepada fans Liverpool yang nak pakej kejuaraan dengan buku dan baju khas, sila: