Ucapan Perpisahan Paling Jujur Drinkwater Kepada Chelsea

Danny Drinkwater mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Chelsea apabila kontraknya tamat dalam beberapa hari lagi.

Drinkwater menulis ucapan perpisahan yang paling jujur terus dari hatinya.

Drinkwater mengikuti jejak N’golo Kante untuk menyertai Chelsea pada 2017. Dia dibeli dengan harga £35 juta. Pada ketika itu, perpindahan itu mengejutkan Antonio Conte yang menyatakan dia tak tahu menahu tentang perpindahan pemain.

Conte malah menyindir bahawa, esok lusa dia mungkin akan melihat pemain yang dia tak jangka untuk tiba di Chelsea. Namun sebagai pengurus dia akan melatih sesiapa sahaja pemain.

Drinkwater merupakan nadi penting skuad Leicester yang memenangi EPL pada 2016. Ianya dianggap sejarah paling gila dalam bola sepak.

Drinkwater bagaimanapun gagal menunjukkan prestasi terbaiknya sejak menyertai Chelsea. Dia juga dihantar secara pinjaman ke kelab lain buat beberapa kali, termasuk ke Reading.

Drinkwater berjaya memenangi Piala FA bersama dengan Chelsea pada 2018. Namun kisahnya di Chelsea hanyalah pemain yang kadangkala peminat sendiri lupa bahawa mereka ada Drinkwater.

Lalu, Drinkwater tersenarai antara pembelian gagal dalam sejarah Chelsea. Dia sendiri mengakui perpindahannya ke Chelsea serba tak menjadi. Dia turut meminta maaf di atas beberapa kesilapannya termasuk beberapa siri alasan yang dia gunakan ketika ditanya kenapa dia gagal menyerlah.

Drinkwater juga kesal dengan beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya di luar padang. Ini termasuk ketika dia memuat naik gambar keraian ketika Lampard dipecat.

Dia ketika itu meminta maaf dan menyatakan itu tidak disengajakan. Tetapi daripada perkongsian beliau semalam, jelas sekali Drinkwater memberikan bayangan bahawa memang dia berniat meraikan pemecatan Lampard.

Dia fikir dia akan mendapat tempat lebih baik di bawah pengurus baharu. Kisahnya tetap sama. Dia tetap tersisih. Malah dia dihantar ke Reading secara pinjaman oleh Tuchel.

Dia menulis: “Masa saya di Chelsea menuju ke pengakhiran. Sebenarnya, terasa sangat pelik menulis benda ni. Saya, kelab ini, dan penyokong sangat sangat kecewa dengan hasilnya [pembelian Drinkawater], tiada keraguan tentangnya.”

“Beberapa siri kecederaan, bagaimana saya dilayan, kesilapan yang saya buat, isu di luar padang, kurang minit perlawanan… itu [antara] senarai alasan yang tiada penghujungnya, masih tidak akan mengubah hakikat apa yang telah berlaku.”

Walaupun mengakui banyak perkara yang negatif, namun Drinkwater tetap mahu menggariskan beberapa perkara positif ketika bersama Chelsea.

“Saya akan cuba melihat sudut positif dalam 5 tahun ini, saya telah bermain dengan pemain pemain hebat, dilatih pengurus yang luar biasa, bekerja dengan beberapa staf yang hebat, berjumpa dengan orang yang hebat, tinggal di beberapa tempat cantik, mengembara ke seluruh dunia, dan memenangi beberapa piala.”

Seterusnya beliau menerima hakikat bahawa perpindahan ke Chelsea adalah merugikan kedua dua pihak iaitu dia sendiri dan kelab.

Drinkwater menjadi pemain penting Leicester dan menikmati bola sepak setiap minggu di sana. Namun dia memilih untuk meninggalkan pasukan itu demi Chelsea.

Chelsea pula membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan  Drinkwater dan perlaburan itu tidak mendapat pulangan setimpal.

“Bola sepak adalah sukan yang fantastik! Namun untuk kedua dua pihak, ini adalah perpindahan yang tidak menjadi.”

“Kepada peminat peminat Chelsea, saya meminta maaf dia atas bagaimana semua ini berlaku, dan saya sebenarnya ingin sekali agar kamu dapat melihat saya beraksi pada prestasi terbaik dalam jersi kelab dan melakukan perkara yang paling saya sukai.”

“Selamat maju jaya.”

Di ruangan komen, para pemain Chelsea dan bekas pemain Chelsea mengucapkan selamat maju jaya kepada Drinkwater. Mereka terharu mendengar luahan jujur pemain tengah denga  3 kaps kebangsaan England itu.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang