Liverpool berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas aksi bagai nak mati di Salzburg.
Liverpool menang 2-0 dalam aksi tersebut yang menyaksikan Erling Haland menghempas botol kegeraman akibat gagal melakukan hatrik.
Erling Haaland's reaction after Mo Salah scored Liverpool's second goal. ππ pic.twitter.com/YaLv3RuyW4
β Mohamed A. Khadar (@MoAbdulaahikh) December 10, 2019
Persis gaya bangmat:
Why PAKATAN HARAPAN won: https://t.co/kxtOr3ANCw
β Khabir (@KhabirM) May 10, 2018
Naby Keita dan Mo Salah adalah wira waja Liverpool pada malam yang indah di Australia itu berhadapan pasukan yang berasaskan minuman tenaga.
Namun korang kena tahu siapakah lawan yang bakal menanti Liverpool pada pusingan seterusnya.
Oleh kerana Liverpool berada di tangga teratas kumpulan E selepas aksi terakhir tempoh hari, maka lawan kita adalahΒ naib juara daripada kumpulan lain.
Dan untuk pusingan 16 ni adalah diharamkan sama sekali bertemu sesama England.
1. Real Madrid
Pasukan paling banyak juara UCL dalam ketamadunan Eropah. Mereka kembali dengan pengurus pakar UCL, Zinedine Zidane.
Zidane sudah menyatakan: βJika korang undi kami lawan Liverpool, kami akan singkirkan mereka.β
The Real Madrid boss is full of confidence π₯π₯
β Goal News (@GoalNews) December 12, 2019
Pertarungan Liverpool vs Real Madrid ni status bangsawan sikit sebab kedua duanya ada badge of honor kat lengan baju.
Liverpool pernah melawan Real Madrid 2 tahun lepas di final UCL. Dan ketika itu, malas nak kenang balik. Korang layan balik highlight ni.
2. Borussia Dortmund
Pasukan yang hampir tersingkir awal. Pasukan ni istimewa di hati Klopp. Cinta pertama Klopp mungkin Mainz. Tetapi ni cinta yang dia paling kenang.
Kedua dua pasukan mengamalkan corak attacking football. Dan BvB masih ada DNA Klopp yang sangat kuat.
Yellow Wall sentiasa menanti Klopp anytime. Dan korang pasti akan terangsang mendengar Youβll Never Walk Alone bergema sekali lagi daripada kedua dua fans.
Sebelum ni sampai menang ke FIFA Awards pun. Ambil masa sikit layan ni:
3. Olympic Lyon
Pasukan yang hadir dengan status dark horse pada kali ini. Ada beberapa key player mereka seperti Memphis Depay.
Tapi sebut pasal Lyon ni korang mesti ingat Nabil Fekir kan?
Nabil Fekir has joined Real Betis from Lyon.
He almost moved to Liverpool last summer.
π https://t.co/oshCgyisDy pic.twitter.com/9Aks32PRMn
β BBC Sport (@BBCSport) July 23, 2019
4. Atletico Madrid
Pasukan yang bermain dengan corak pragmatik. Sentiasa tahu cara untuk menang dengan cara mereka sendiri.
Simeoene vs Klopp pasti pertarungan coach defensif yang mantap vs coach ofensif yang mengiurkan.
5. Atalanta
Ini pasukan paling mengejutkan dan cara mereka mara tu sangat unik. Menjadi pasukan pertama mara ke kalah mati selepas tewas 3 perlawanan pertama.
Mereka melakukan debut UCL musim ini dan berjaya mara ke kalah mati. Pasukan yang sudah banyak mencipta sejarah kelab mereka dalam 2 musim kebelakangan ini.
Atalanta in this season's #UCL:
LLLDWW
The first ever team to progress to the knock-out stage having lost their first three games of the group stage. pic.twitter.com/khsej79PP8
β Squawka Football (@Squawka) December 11, 2019
Semua ini akan terjawab pada Isnin nanti. Di mana cabutan untuk pusingan kalah mati UCL musim 2019/20.
Korang rasa kita akan jumpa pasukan mana selepas ni? Pasukan dari Sepanyol ada dua menanti tu. Pasukan dari Jerman, Itali dan Perancis, masing-masing satu.
Β