UCL: Aksi Cemerlang Courtois Dan Gol Vinicius Tewaskan Liverpool Dalam Aksi Final

Liverpool dan Real Madrid berentap dalam aksi final Liga Juara Juara Eropah di Paris.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp dalam misi kejuaraan UCL ke-7, manakala, Real Madrid pula dalam misi ke-14.

Liverpool melakukan dua ancaman awal ke gawang Real Madrid menerusi Mohamed Salah dan Sadio Mane. Namun kedua dua percubaan itu diselamatkan oleh Courtois.

Liverpool terus menguasai perlawanan, namun gagal mencipta peluang lebih baik di hadapan gol.

Luis Diaz banyak melakukan ancaman dengan gerakan dari kiri. Liverpool turut dominan di tengah.

Namun Real Madrid terlebih dahulu mencemaskan pasukan Liverpool apabila Karim Benzema menghantar amaran tentang ketajaman mereka.

Gol pada minit akhir separuh masa pertama itu memerlukan VAR mengambil masa yang lama untuk menilai. Dan akhirnya ianya dibatalkan kerana ofsaid.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0. Arsene Wenger menganggap Liverpool agak bernasib baik kerana gol Benzema tidak dikira.

Pada separuh masa kedua, cerita dia masih sama, Liverpool bermula dominan namun Real Madrid mengancam mereka dengan serangan balas.

Pada minit ke-59, pemain yang cemerlang musim ini, Vinicius Jr meletakkan Real Madrid di hadapan selepas dia tidak dikawal menolak hantaran Fede Valverde dengan mudah ke gawang terbuka.

Itu adalah penglibatan kesepuluh Vini Jr dalam gol UCL musim ini (gol/assist).

Mohamed Salah kemudian cuba membalas gol itu dengan melakukan lencongan cantik, ke far post. Namun Courtois sekali lagi cemerlang menafikan percubaan bahaya itu pada minit ke-64.

5 minit kemudian Courtois melakukan satu lagi save menafikan percubaan Salah di near post.

Liverpool mendapat peluang sekali lagi menerusi hantaran ke dalam kawasan bahaya oleh Trent Alexander Arnold namun pertahanan Real Madrid berjaya mengeluarkan bola.

Pada minit ke-80, Diogo Jota hampir menyamakan kedudukan tetapi Courtois melayangkan badannya untuk menepis bola.

Tidak lama selepas itu, Mohamed Salah melakukan percubaan terbaik beliau dalam perlawanan ini dari kedudukan byline. Courtois menggunakan tangannya yang kuat untuk menafikan bola tersebut.

Karim Benzema mendapat bola cantik di kawasan kegemarannya, dia menukar arah bola, mujur Trent Alexander Arnold berjaya merampasnya.

Liverpool semakin kesuntukan masa untuk membalas gol Real Madrid.

Real Madrid terus bertahan dengan disiplin yang tinggi secara berpasukan. Dan akhirnya mereka berjaya memastikan UCL milik mereka sekali lagi.

Ianya adalah penamat yang sukar buat Liverpool selepas beberapa minggu lalu terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Namun Real Madrid selayaknya menjulang UCL pada musim ini. Mereka paling layak dengan mengambil kira perjalanan mereka untuk sampai ke final.

Bangkit dalam 3 perlawanan sukar berdepan PSG, Chelsea dan juga Manchester City.

Carlo Ancelotti kini menjulang UCL ke-4 dalam kariernya dan yang kedua bersama dengan Real Madrid.

Secara keseluruhannya, Real Madrid memiliki 14 kejuaraan Eropah dalam sejarah kelab mereka.

Syabas!

Baca yang lain