2 gol daripada sepakan percuma berkelas dunia Declan Rice dan satu lagi gol cantik daripada Mikel Merino memberikan kemenangan berharga buat Arsenal.
Arsenal menang 3-0 pada aksi pertama suku akhir Liga Juara Juara Eropah 2024/25. Ianya bekalan selesa yang dibawa ke Santiago Bernabeu.
Real Madrid berkunjung ke Emirates untuk berdepan dengan Arsenal dalam usaha mereka mahu mempertahankan kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.
Reall Madrid memberikan ancaman menerusi gadingan Kylian Mbappe dan Vinicius Jr. Namun Arsenal bertahan dengan sangat baik terutama sekali Thomas Partey di bahagian tengah.
Kedua dua pasukkan memiliki peluang gol pada separuh masa pertama namun gagal disudahkan.
Pada separuh masa kedua kisahnya berbeza. Arsenal bermain dengan lebih baik. Dan Real Madrid kelihatan agak bergelut.
Declan Rice mendahului menerusi gol cantik Declan Rice menerusi sepakan percuma luar biasa minit ke-58 – menewaskan Thibaut Courtois.
Kira kira 22 minit kemudian, Rice sekali lagi mengambil tugas sepakan percuma luar kotak penalti. Dan kali ini ianya dilakukan dengan kualiti tertinggi sekali lagi. Rice melakukan lencongan yang tidak mungkin dapat diselamatkan mana mana penjaga gol.
Declan Rice has done it again 🤯
Two free-kicks from Rice, two goals ✌️ pic.twitter.com/TbMCtAnE5p
— Premier League (@premierleague) April 8, 2025
3 minit kemudian, pada minit ke-75, Emirates bergema lagi dengan satu lagi gol ajaib daripada pemain Arsenal. Usaha Lewis Skelly disudahkan dengan sebaiknya Mikel Merino yang merembat masuk menewaskan Corutois untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Camavinga dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan kerana protes keputusan pengadill dengan menyepak bola. Aksi berakhir dengan keputusan Arsenal 3 Real Madrid 0