Arsenal melayan kunjungan Porto di Emirates selepas kekalahan aksi pertama The Gunners di Portugal. Arsenal pastinya berada dalam mood terbaik mereka setelah berada di puncak Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu lalu.
Dalam aksi pertama, Arsenal tewas tipis 1-0 di tangan Porto yang menjaringkan gol lewat pada masa kecederaan.
Arsenal memulakan perlawanan dengan tempo sangat tinggi. Mereka mengasak ke kubu Porto berkali kali. Mereka tahu bahawa mereka harus mencari gol awal.
Akhirnya pada minit ke-41, Leandro Trossard menyamakan kedudukan secara agregat menerusi gol pertama perlawanan.
Trossard menerima bola di half space hasil umpanan cantik oleh siapa lagi kalau bukan Martin Odegaard yang terus membuktikan kualitinya sebagai seorang playmaker kreatif.
Trossard melakukan rembatan rendah yang tepat sekali. Dan seluruh Emirates bergema dengan sorakan penyokong yang meraikan gol itu.
Separuh masa pertama berakhir dengan Arsenal 1-0 Porto 0. Kedua dua pasukan terikat agregat 1-1. Arsenal ternyata menjadi pasukan lebih baik pada separuh masa pertama dalam pertemuan kedua pusingan 16 akhir ini.
Gol tunggal Trossard memberikan Arsenal semangat tambahan untuk memulakan aksi separuh masa kedua.
Ahead at the half, level in the tie.
Let's keep fighting until the end, Gunners 👊 pic.twitter.com/2YKaeBBTa8
— Arsenal (@Arsenal) March 12, 2024
Pada separuh masa kedua aksi lebih terbuka dipamerkan oleh Porto yang melakukan beberapa siri ancaman bahaya menerusi fast break attack. Porto mulai bermian lebih banyak di kawasan serangan berbanding separuh masa pertama.
Arsenal hampir di hadapan secara agregat apabila Martin Odegaard menolak masuk bola pada minit ke-69. Namun gol dibatalkan kerana sudah ada kekasaran berlaku terlebih dahulu sebelum gol itu terhasil. Arteta bengang dengan keputusan pengadil yang membatalkan gol itu dan dia mendapat kad kuning.
Pada minit ke-82, Gabriel Jesus hampir menjaringkan gol pada sentuhan pertamanya selepas dia dimasukkan. Namun percubaannya dinafikan oleh penjaga gol Porto, Diogo Costa,
Seminit kemudian Jesus sekali lagi hampir menjaringkan gol. Ini selepas Odegaard melakukan rembatan susulan daripada bola daripada tangan Costa.
Malangnya Jesus tidak dapat melakukan sentuhan di hadapan gol.
Pengadil memberikan 3 minit masa kecederaan. Keadaan di Emirates benar benar penuh dengan debaran. Arsenal kelihatan cuba bermain dengan fokus dan kesabaran untuk menanti momen terbaik mereka. Odegaard meminta penalti pada lewat masa kecederaan namun tidak dilayan oleh pengadil.
Odegaard melakukan putaran 360 di hadapan Pepe, dengan pengadil merasakan kontak tersebut tidak cukup untuk memberikan penalti kepada Arsenal.
Perlawanan dilanjutkan ke masa ekstra 30 minit setelah tiada pemenang secara agregat selepas 90 minit di Emirates.
Pada masa ekstra, kedua dua pasukan berdepan dengan isu kelenguhan. Apa yang menarik, bek tengah berusia 41 tahun, Pepe masih gagah bertahan di bahagian pertahanan pasukannya.
Aksi antara kedua dua pasukan akhirnya ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti. Ini setelah kedua dua pasukan terikat 1-1 secara agregat selepas 210 minit aksi timbal balik.
Pada penentuan penalti, David Raya menyelamatkan sepakan penalti kedua Porto, Wendell. Arsenal pada kedudukan 2-1 selepas 2 penalti.
Bukayo Saka menambahkan tekanan ke atas Porto untuk memastikan 3 penalti Arsenal semuanya masuk. David Raya hampir sahaja menyelamatkan penalti Grujic namun bola itu terlalu jitu.
Declan Rice melakukan penalti sangat lawa pada penalti keempat Arsenal. Galeno kemudian mara untuk cuba menewaskan Raya setelah gol last minute perlawanan pertama. David Raya sekali lagi membaca penalti dengan tepat dan Arsenal menang penentuan penalti 4-2 untuk mara ke suku akhir.