UCL: Lencongan Rodri Berikan City Kejuaraan UCL Pertama Dan Treble!

Manchester City akhirnya menamatkan musim ini sebagai juara treble. Menyamai pencapaian Manchester United pada 1999.

Bertempta di Stadium Ataturk di Turki, Manchester City menewaskan Inter Milan untuk bergelar Juara UCL buat pertama kali di dalam sejarah kelab itu.

Kejayaan itu tidak hadir mudah kerana Inter Milan memberikan mereka saingan yang sengit sepanjang perlawanan.

Pada minit ke-26, Barella menguji Ederson dengan percubaan bahaya.

Seminit kemudian Erling Haaland menerima hantaran De Bruyne untuk menguji gawang Inter, namun gagal mencetak gol.

Pada minit ke-36, Man City terpaksa kehilangan Kevin De Bruyne yang tidak dapat meneruskan perlawanan. Dia digantikan oleh Phil Foden.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan tanpa jaringan.

Pada separuh masa kedua Inter Milan memperbaiki aspek serangan mereka.

Namun akhirnya Man City terlebih dahulu di hadapan menerusi Rodri.

Berpunca daripada situasi kucar kacir di dalam kotak penalti Inter, Rodri dengan tenang melakukan lencongan masuk ke dalam.

Man City 1 Inter 0 pada minit ke-68.

Dua minit berselang Inter Milan seharusnya menyamakan kedudukan.

Di Marco melakukan percubaan terkena tiang, kemudian dia melakukan susulan sekali lagi selepas bola ditanduk Dumfries ke dalam kawasan bahaya.

Malangnya tandukan Di Marco terkena Lukaku yang berada di hadapan gawang Man City.

Pada minit ke-88, Romelu Lukaku melakukan tandukan dari jarak dekat. Ederson hanya mampu mencari cari di mana bola. Namun bola itu melantun pada Ederson dan kemudian terus dikeluarkan pertahanan City.

Lukaku cuba menebus kegagalannya dengan melakukan percubaan leret yang meliar.

Keadaan menjadi lebih sukar buat Inter untuk bangkit dengan pengadil memberikan 5 minit masa tambahan.

Pada sepakan penjuru terakhir, Ederson menafikan percubaan daripada Inter. Dan itulah percubaan terakhir dalam perlawanan ini.

Man City mencipta sejarah menjuarai UCL buat pertama kali dan satu lagi pencapaian gembilang dengan treble.

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari