UCL: Lewandowski Hatrik Dengan Rating 10 Sempurna Oleh Sofascore Ketika Barcelona Belasah Viktoria Plzen

Robert Lewandowski terus membuktikan bahawa dirinya kekal menjadi salah seorang pemain penyerang terbaik di dunia.

Dalam aksi pembukaan UCL untuk kelab barunya Barcelona, Robert Lewandowski menjaringkan hatrik dalam kemenangan 5-1 pasukannya ke atas pasukan bukan pilihan, Viktoria Plzen.

Frank Kessie membuka jaringan minit ke-13.

Lewandowski memulakan pemburuan hatriknya pada minit ke-34, menerusi satu bidikan yang tepat melencong dan mendatar. Ianya memang world class dari garisan kotak penalti.

Barcelona bagaimanapun melepaskan bolos pada minit ke-44 menerusi Syikora.

Kemudian Lewandowski menggegar jaring pada masa kecederaan. Kredit kepada Ousmane Dembele yang berusaha merampas bola dan kemudian melorongkannya kepada Lewandowski di far post yang terus menanduk pacak bola tersebut masuk.

Lewandowski melengkapkan hatriknya pada minit ke-67 menerusi satu rembatan dari luar kotak penalti yang melencong pada paras lutut dan masuk.

Istimewanya gol itu menjadikan Lewandowski menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik dalam UCL untuk 3 pasukan berbeza.

Tidak cukup dengan itu, Ferran Torres menjadikan kedudukan 5-1 pada minit ke-71.

Barcelona menang 5-1. Namun aksi Lewandowski pastinya harus diberikan pujian. Pemain yang menyertai Barcelona pada musimΒ  panas lalu selepas drama saga perpindahan yang rumit.

Dalam perlawanan ini Lewandowski diberikan rating 10 sempurna oleh Sofascore. Di mana dia melakukan 51 sentuhan, hatrik atau 3 gol. Melakukan 6 percubaan dengan 4 tepat. Mencipta 1 peluang keemasan daripada 2 hantaran kunci.

Secara keseluruhan dia sudah melakukan 6 hatrik dalam UCL. Hanya Messi dan Ronaldo dengan 8 hatrik, lebih banyak daripada Lewandowski.

Β 

Baca yang lain