[UCL] Liverpool 2 Real Madrid 5: Los Blancos Mengganas Dengan Kebangkitan 5 Gol Di Anfield

Liverpool menerima kunjungan juara eropah 14 kali Real Madrid di Anfield untuk aksi first leg pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Skuad Jurgen Klopp sebelum ini sudah mencipta 2 kemenangan dalam aksi terakhir mereka.

Bertempat di Anfield, Liverpool di hadapan seawal minit ke-4. Ianya apabila Mohamed Salah melorongkan bola rendah oleh Mo Salah yang disambar oleh Nunez dengan satu backheel flick.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-14, Mohamed Salah menambah gol kedua Liverpool.

Ianya berpunca daripada kesilapan Thibaut Courtois yang tergelincir di hadapan Salah ketika cuba melakukan hantaran kepada rakannya.

Salah tidak melakukan kesilapan dari jarak dekat.

Tetapi selepas itu Real Madrid membalas dengan 2 gol. Kedua duanya menerusi Vinicius Jr. Pemain yang menjaringkan gol dalam aksi final UCL sebelum ini ke atas Liverpool.

Gol pertama Vini Jr hadir pada minit ke-21. Ianya adalah kehebatan individu yang luar biasa dengan melencongkan bola secara mendatar menewaskan Alisson.

9 minit sebelum rehat, Vinicius sekali lagi mencetak gol. Kali ini Alisson pula melakukan kesilapan. Hantaran rendahnya dihadang Vinicius dan terus menjaringkan gol.

Separuh masa pertama berakhir 2-2.

Bersambung separuh masa kedua, Joe Gomez mengasari Vinicius Jr di tepi kotak penalti.

Berpunca daripada sepakan percuma itu, Real Madrid di hadapan, apabila hantaran Luka Modric ditanduk Militao tanpa dikawal mana mana pemain pada minit ke-48.

Karim Benzema kemudian melakukan percubaan yang terbias pada kaki Joe Gomez dan terus masuk untuk menjadikan kedudukan 2-4.

Ketika Liverpool cuba memburu gol ketiga, Real Madrid sekali lagi melakukan serangan balas yang luar biasa.

Kali ini disudahkan oleh Karim Benzema dengan menggelecek Alisson.

Liverpool pastinya sedar tugas berat menunggu mereka di Madrid selepas ini.

Memandangkan prestasi semasa mereka tidak begitu meyakinkan. Real Madrid pula dikenali dengan kepakaran mereka dalam UCL.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.