UCL: Liverpool Atasi Benfica Dalam Suku Akhir Dengan Thriller 10 Gol

Liverpool mengesahkan kemaraan mereka ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah berdepan dengan Villarreal.

Dalam perlawanan terdahulu, Villarreal mengesahkan kemaraan ke separuh akhir buat kali kedua dalam sejarah mereka. Di mana skuad bimbingan Unai Emery mengatasi cabaran gergasi Jerman, Bayern Munich.

Dalam aksi di Anfield, Liverpool melayan kunjungan Benfica dalam aksi kedua Liga Juara Juara Eropah peringkat suku akhir.

Aksi pertama sebelum ini dimenangi oleh Liverpool dengan 3-1 ketika berkunjung ke Portugal. Dan aksi kedua pula Liverpool dan Benfica terikat 3-3. Ini bermakna 10 gol thriller terhasil daripada perlawanan ini.

Jurgen Klopp memutuskan untuk menggunakan set serangan bertiga yang baharu kali ini dengan menggandingkan Diogo Jota, Roberto Firmino dan Luis Diaz.

Di tengah, Klopp menggunakan gandingan James Milner dan Jordan Henderson bersama dengan Naby Keita

Walaupun Liverpool tampil lebih dominan sejak sepak mula,. namun Benfica yang terlebih dahulu menguji gawang Liverpool menerusi percubaan Everton yang diselamatkan oleh Alisson.

Pada minit ke-21, Liverpool di hadapan menerusi Ibrahima Konate yang menyempurnakan sepakan penjuru daripada Kostas Tsimikas.

Ini adalah gol kedua Konate untuk kelab baharunya. Dan gol pertamanya hadir minggu lalu. Dalam aksi UCL – juga menentang lawan yang sama iaitu Benfica.

Namun pada minit ke-32 Benfica membalas gol itu menerusi Goncalo Ramos. VAR digunakan untuk mengesahkan sama ada gol ini onside. Dan ya! Benfica menjadikan agregat 4-2.

Tidak lama kemudian, Liverpool memiliki peluang keemasan ketika Roberto Firmino menerima bola di zon bahaya. Namun pemain Brazil itu memutuskan untuk melorongkan kepada Luis Diaz yang akhirnya dipintas pertahanan lawan. Ianya adalah peluang keemasan!

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Pada separuh masa kedua, Liverpool terus dominan. Benfica turut menghadirkan ancaman menerusi serangan balas.

Pada minit ke-55, Liverpool mendapat gol kedua menerusi Roberto Firmino. Menjadikan Firmino p[emain ke-4 selepas Mo Salah, Sadio Mane dan Diego Jota menjaringkan 10 gol dan ke atas musim ini dalam semua pertandingan.

Ianya bermula daripada hantaran cantik Naby Keita kepada Luis Diaz. Penjaga gol dan pertahanan Benfica gagal untuk mengeluarkan bola dengan baik. Diogo Jota menyilangkan bola dari sebelah kiri. Di mana Firmino dengan mudah menampan bola ke gawang ternganga di hadapannya. 2-1 untuk Liverpool dan 5-2 secara agregat.

Pada minit ke-65, berpunca daripada sepakan percuma Greek Scouser, Kostas Tsimikas, bintang antarabangsa Brazil, Roberto Firmino sekali lagi mudah menolak masuk.

Ianya adalah gol kedua Firmino dan assist kedua Tsimikas dalam perlawanan ini.

Firmino turut mencatakan gol UCL ke-20 dalam kariernya. Menjadi pemain keempat melakukannya selepas Steven Gerrard, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Firmino turut menyamai rekod gol UCL Fernando Torres bersama Liverpool.

Pada minit ke-72, Benfica mendapat satu lagi gol. Kali ini Yaremchuk menewaskan perangkap ofsaid dan menggelecek Alisson untuk gol kedua Benfica menjadikan agregat 6-3.

Liverpool yang terleka, sekali lagi ditewaskan di garisan tinggi dan memberikan gol kepada Darwin Nunez pada minit ke-82, untuk menjadikan agregat 6-4.

VAR sekali lagi menjadi penyelamat Benfica daripada gol dibatalkan kerana penjaga garisan sekali lagi mengangkat bendera ofsaid.

Liverpool juga hampir menambah gol pada minit akhir perlawanan. Malangnya Sadio Mane berada di kedudukan ofsaid ketika menerima hantaran Mohamed Salah.

Darwin Nunez hampir menambah satu lagi gol pada masa kecederaan namun dia kali ini ofsaid.

Tamat perlawanan Liverpool 3 Benfica 3. Job Done untuk Liverpool kerana menang aksi pertama.

Β