UCL: Liverpool Tersungkur Di Tangan Atletico Dengan 0 On Target

Liverpool turun berhadapan dengan pasukan Atletico Madrid dalam aksi pusingan pertama – bagi peringkat 16 akhir, Liga Juara Juara Eropah 2019/20.

Perlawanan kali ini dilangsungkan di stadium Wanda Metropolitano – venue yang menjadi saksi kejuaraan mereka musim lalu. Di mana Liverpool menewaskan Tottenham dalam aksi final.

Jurgen Klopp menurunkan kesebelasan terkuat beliau dalam aksi pada hari ini.

Diego Costa diletakkan di bangku simpanan oleh Diego Simeone.

Atletico memulakan perlawanan dengan sangat baik. Mereka lebih intensif dan agresif.

Liverpool melepaskan bolos awal pada minit ke-4 menerusi Saul Niguez.

Ianya berpunca daripada situasi bola mati di mana, pertahanan Liverpool gagal untuk mengeluarkan bola kedua.

Ternyata Saul Niguez memiliki rekod unik setiap kali beliau menjaringkan gol.

Atletico bertahan dengan sangat baik dengan 2 banks of four dalam perlawanan ini.

Mereka turut melancarkan beberapa serangan balas yang berkualiti. Dua pemain sayap mereka sangat rajin turun naik.

Atletico turut mendesak Liverpool untuk ke sisi padang, dengan sistem permainan yang sangat kompak.

Liverpool sukar untuk mencipta peluang dengan kualiti pertahanan Atletico. Liverpool kerapkali berpatah balik kerana buntu.

Alvaro Morata memiliki peluang keemasan untuk menambah gol kedua. Namun rembatan beliau dinafikan oleh Alisson.

Morata sudah melakukan satu ‘chop’ yang baik. Namun penyudah beliau agak menghampakan.

Mohamed Salah kemudian memintas bola lemah daripada Jan Oblak. Namun sentuhan Salah agak kuat dan Firmino terpaksa terlibat – yang akhirnya ofsaid.

Separuh masa pertama Liverpool gagal mencipta sebarang percubaan tepat ke arah gawang pasukan Atletico Madrid.

Bersambung pada babak kedua Liverpool melakukan pertukaran dengan memasukkan Divock Origi menggantikan Sadio Mane.

Liverpool menguatkan dominasi mereka pada separuh masa kedua. Namun terus bergelut dengan usaha untuk mencipta peluang gol.

Liverpool terus kecewa sepanjang malam dengan tiada ciptaan peluang yang berkesan dilakukan.

Atletico ternyata bersedia dengan sebaiknya untuk mematikan semua hantaran lintang daripada Trent Alexander-Arnold.

Liverpool semakin kesuntukan masa dan akhirnya terpaksa menerima kekalahan pada perlawanan pertama.

Atletico membawa bekalan 1 gol ke Anfield dalam masa 3 minggu lagi.

Atletico berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool dalam 14 perlawanan dalam semua pertandingan.

Ternyata ianya bukan malam yang baik untuk Liverpool yang gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat sepanjang 90 minit.

Ini pertama kali Liverpool gagal mencatatkan sebarang on target sejak 2018, menentang Napoli.

Dan selepas aksi masuk ke minit ke-27 dan ke atas – kedua dua pasukan gagal untuk mencatatkan sebarang percubaan tepat.

Liverpool jelas sekali, kekurangan idea untuk memecahkan kubu pertahanan pasukan lawan dalam aksi pada malam ini.

Atletico bertahan dengan baik sepanjang 90 minit dan sangat sukar untuk diatasi secara fizikal.

Atletico Madrid meraikan kemenangan mereka ke atas juara bertahan.

Baca yang lain