UCL: RB Salzburg Ibarat JDT Di Austria, Siapakah Mereka?

RB Salzburg adalah cabaran terakhir buat Liverpool pagi ini di UCL. Harus diingatkan RB Salzburg bukanlah satu laluan yang mudah. Pada pertemuan Liverpool dan RB Salzburg baru-baru ini mereka telah memberi satu cabaran yang sukar kepada pasukan Juara Eropah itu.

RB Salzburg adalah pasukan juara bertahan di Austrian Bundesliga sebanyak 6 kali berturut-turut. Pencapaian mereka di peringkat domestik sukar untuk digugat oleh pasukan lain di Austria. Malah setakat ini RB Salzburg masih lagi belum pernah tewas di liga utama Austria.

Sejarah Penubuhan Pasukan

Pasukan RB Salzburg ini ditubuhkan pada tahun 1933, pada asalnya pasukan ini diberi nama SV Austria Salzburg. Dimana ianya adalah hasil gabungan dari dua kelab iaitu FC Hertha dan FC Rapid.

Pasukan SV Austria Salzburg ini telah berjaya naik ke liga utama Austria adalah pada tahun 1953. Selepas itu, mereka berjaya menjadi juara Liga Austria buat kali pertamanya adalah pada tahun 1993/1994 dan berjaya mara ke Final UEFA Cup tetapi mereka tewas kepada Inter Milan pada ketika itu.

Pada musim selepas itu, iaitu pada 1994/1995, buat pertama kalinya SV Salzburg berjaya mara ke peringkat kumpulan UEFA Champions League. Namun perjalanan mereka tidak jauh, mereka terkandas di peringkat kumpulan dan hanya menang sekali, seri sekali menentang AEK Athens dan seri dua kali menentang Ajax Amsterdam.

Akibat masalah kewangan yang dihadapi pasukan sepanjang 2003 hingga tahun 2005. Pada tahun 2005, pasukan ini telah dijenamakan semula, selepas pasukan ini telah ditaja penuh oleh Red Bull dan telah bertukar nama kepada RB Salzburg. Selepas penjenamaan semula, mereka telah menukar logo pasukan dan warna keramat mereka violet-putih kepada merah-putih.

Malah, pasukan baru ini juga mengatakan mereka adalah pasukan yang baru dengan perjalanan yang baru dan tidak mengiktiraf sejarah kelab mereka sebelum ini. Kerana ianya adalah pasukan yang baru.

Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian peminat asal pasukan Salzburg ini iaitu SV Austrian Salzburg dan mereka tidak menyokong penubuhan kelab RB Salzburg tersebut. Lalu hasil dari inisiatif peminat asal SV Austrian Salzburg, mereka telah menubuhkan kelab yang mengekalkan nama SV Austrian Salzburg pada tahun 2005.

Pasukan SV Austrian Salzburg sekarang ini beraksi di Division 4 Liga Austria.

RB Salzburg di Era Moden

Sejak di Era moden, pasukan RB Salzburg ini telah mencapai banyak kejayaan di peringkat domestik. Sejak tahun 2005, mereka telah memenangi 10 gelaran liga iaitu pasukan paling banyak memenangi liga di Austria dan juga melakukan sebanyak 6 kali berturut-turut sejak musim 2013/2014 sehingga musim 2018/2019. Malah mereka juga telah memenangi 6 gelaran OFB Cup. Jadi tidak hairanlah mereka boleh digelarkan sebagai JDT Austria.

Pasukan ini juga sangat kebal di halaman mereka sendiri. Dimana mereka sekarang ini memegang rekod tanpa kalah di halaman sendiri sebanyak 47 perlawanan sejak Disember 2016 dalam perlawanan Liga. Mereka pernah mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri sebanyak 66 perlawanan dalam semua kejohanan iaitu sejak November 2016, namun rekod itu telah dileburkan oleh Napoli pada Oktober 2019 yang lepas.

Pada kejohanan Champion League kali ini, RB Salzburg telah mengutip 7 mata di peringkat kumpulan. Mereka melihat ini adalah peluang terbaik mereka untuk mara ke peringkat 16 terbaik dalam UCL untuk pertama kalinya dalam sejarah penubuhan kelab.

Pertembungan Menentang Liverpool di Red Bull Arena

Sudah pasti iainya satu cabaran yang sukar apabila bertandang ke Red Bull Arena. Gandingan Minamino, Erling Haaland dan Hwang Hee Chan pasti memberi cabaran yang sengit kepada Liverpool.

Gandingan 3 orang pemain ini telah menjaringkan 40 gol dalam kesemua kejohanan. Seorang lagi pemain yang harus diberikan perhatian adalah Patson Daka, yang merupakan pemain kedua yang menjaringkan gol terbanyak selepas Erling Haaland.

Penjaring kedua terbanyak Champion League setakat ini Erling Haaland dengan 8 gol antara pemain yang harus diberikan perhatian. Harus diingatkan juga, Hwang Hee Chan juga merupakan salah seorang pemain yang berjaya mengelecek melepas Virgil Van Dijk baru-baru ini.

Dalam artikel Chasing A Dream di laman web rasmi RB Salzburg, mereka menginginkan semangat yang dilakukan Liverpool pada musim lepas sebagai contoh untuk menewaskan Liverpool.

Kisah dan suasana di Anfield ketika menentang Barcelona di jadikan sumber inspirasi mereka pada malam ini. Malah mereka akan menyerap semangat ‘Des is Soizburg’ pada malam ini dan ingin mengatasi semangat dan aura ‘This is Anfield’.

Liverpool harus bersedia dalam pertempuran hidup dan mati ini, antara pemain Liverpool yang pernah beraksi bersama RB Salzburg adalah Sadio Mane dan Naby Keita.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai