Ianya ibarat filem Fast And Furious, di mana berlaku aksi kejar mengejar dan potong memotong di antara kedua dua pasukan secara agregat.
Akhirnya tandukan Benzema sekali lagi menjadi racun bisa yang mematikan perjuangan Chelsea. Aksi pertama kedua dua pasukan di Stamford Bridge pada minggu lalu berpihak Real Madrid dengan kemenangan 3-1.
Di mana Benzema mencetak hatrik ketika itu.
Bertempat di Santiago Bernabeu untuk aksi kedua, Real Madrid tidak banyak percubaan dalam perlawanan ini. Sepanjang aksi 120 minit, Real Madrid cuma ada 10 percubaan dengan 4 percubaan tepat berbanding Chelsea, di mana The Blues melakukan 28 percubaan dengan 7 tepat ke sasaran.
Chelsea secara kesluruhannya bermain dengan sangat baik dengan sepenuh jiwa dan raga mereka demi lencana di dada selaku juara bertahan.
Namun malangnya, 2 momen penting Real Madrid terus bertukar menjadi gol.
Chelsea mendahului dengan 3 gol dalam perlawanan ini. Sebelum Rodrygo menjaringkan gol pada minit ke-80 untuk mengheret perlawanan ke masa ekstra. Di masa ekstra, Karim Benzema menggunakan kepalanya sekali lagi untuk menewaskan penjaga gol terbaik dunia, Edouard Mendy.
Dalam aksi di Bernabeu, Mason Mount meletakkan Chelsea di hadapadan pada separuh masa pertama menerusi gol cantik sebaik sahaja menerima hantaran Timo Werner.
Masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan gol 1-0 dan membuatkan tuan rumah bergelut, merupakan motivasi terbaik Chelsea.
Mereka memulakan separuh masa kedua dengan cemerlang sekali.
Rudiger menanduk masuk hantaran oleh Mason Mount pada minit ke-51.
Segalanya serba tak kena buat Real Madrid pada ketika ini. Real malah bolos lagi pada minit ke-64. Mujur VAR membatalkan gol Alonso itu kerana bola terlebih dahulu terkena tangan.
Namun Chelsea tetap memastikan mereka 3 gol di hadapan di Bernabeu untuk menjadikan agregat berpihak kepada mereka 3-4. Ianya selepas Timo Werner menyudahkan hantan Mateo Kovacic.
Malangnya Chelsea tak cukup ampuh mempertahankan kelebihan agregat 1 gol mereka.
Rodrygo menjaringkan gol pertam Real Madrid, 10 minit sebelum waktu sebenar berakhir. Berpunca daripada hantaran Luka Modric, Rodrygo dengan mudah menolak masuk menewaskan Edouard Mendy.
Perlawanan diheret ke masa ekstra 30 minit.
Pada minit ke-90+6, Karim Benzema menanduk masuk bola hantaran gandingan terbaiknya musim ini. Vinicius Jr.
Gol itu sudah cukup untuk membolehkan Real Madrid mara ke separuh akhir dan menyekat kemaraan juara bertahan Chelsea.
38 official games this season.
38 goals, 12 scored in UCL.
Karim Benzema. ⭐️🇫🇷 #UCL pic.twitter.com/GbVzekdavU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 12, 2022
Real Madrid nampaknya berpeluang cerah menamatkan musim ini dengan kejuaraan La Liga dan UCL.
BACA JUGA — UCL: Villlarreal Singkir Bayern Hanya Dengan 2 On Target Dalam 2 Perlawanan
Villarreal mencipta kejutan terbesar dalam aksi suku akhir UCL musim ini selepas menyingkirkan pasukan pilihan, Bayern Munich.
Bayern ternyata tergamam dengan keputusan tersebut. Mereka yang sebelum ini dianggap mendapat undian mudah, telah dikokak oleh Villarreal dalam dua perlawanan timbal balik.
Gergasi Jerman itu ketinggalan secara agregat 0-1 daripada perlawanan pertama.
Bertempat di Allianz Arena, Bayern mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan melakukan 23 percubaan ke arah gol. Malangnya hanya 4 sahaja percubaan on target daripada percubaan sebanyak itu.
Bayern berjaya menyamakan agregat pada minit ke-52 menerusi – siapa lagi kalau bukan – Robert Lewandowski.
Pemain antarabangsa Poland itu mencetak gol ketiganya berdepan dengan lawan dari kelab Sepanyol pada edisi UCL kali ini selepas menjaringkan 2 gol berdepan Barcelona.
Robert Lewandowski has scored three goals in four games against Spanish sides in the #UCL so far this season.
⚽️⚽️ vs Barcelona (A)
❌ vs Barcelona (H)
❌ vs Villarreal (A)
⚽️ vs Villarreal (H)He brings Bayern back into the tie. pic.twitter.com/WY9YM4z9XX
— Squawka (@Squawka) April 12, 2022
Hakikatnya pasukan bimbingan Unai Emery hanya melakukan 4 percubaan sahaja. Dengan 1 percubaan tepat yang terus menjadi gol.
Gol Samuel Chukwueze pada minit akhir perlawanan, pada minit ke-88 telah menyingkirkan juara bertahan Bundesliga itu.
Lebih gila, dalam dua perlawanan timbal balik, Villarreal melakukan hanya 2 percubaan tepat. Dan kedua duanya bertukar menjadi gol.
Villarreal only had two shots on target across two legs vs. Bayern Munich, that's all they needed 💀 pic.twitter.com/0qayUlK1mA
— ESPN FC (@ESPNFC) April 12, 2022
Itu adalah definisi sebenar tajam dan klinikal menyudahkan peluang yang terhad.
Villarreal mara ke separuh akhir dengan agregat 2-1. Bayern nampaknya terpaksa menerima kekalahan yang perit ini.
Unai Emery pastinya akan dikenang sebagai mastermind yang membantu Villarreal menumbangkan kelab gergasi seperti Bayern. Beliau sudah melakukan tugasannya dengan luar biasa pada musim ini.
Dalam sejarah Villarreal, mereka hanya pernah mara sebanyak 2 kali sahaja ke peringkat separuh akhir. Kali pertama adalah pada 2005/06. Dan yang kedua adalah yang baru mereka lakukan pada kali ini.
Villarreal have reached the semi-finals of the #UCL for just the second time in their history.
◉ 2005/06
◉ 2021/22Una Emery's side have knocked out Bayern Munich. 🤯#UCL pic.twitter.com/8CGlVGQ6GW
— Squawka (@Squawka) April 12, 2022
Villareal akan berdepan pemenang di antara Liverpool dan Benfica pada aksi separuh akhir.
Liverpool sebelum ini menang 3-1 di Estadio Da Luz.
Sebelum itu saksikan momen Villarreal meraikan kejayaan mereka di sini:
Wow. The moment when Villarreal went through. Bayern left stunned. pic.twitter.com/g02Fo8HFX9
— Archie Rhind-Tutt (@archiert1) April 12, 2022
The whole Villarreal team has just come out again to celebrate. Watch out for Etienne Capoue giving the FaceTime call of his life. pic.twitter.com/qUic8Ju8QJ
— Archie Rhind-Tutt (@archiert1) April 12, 2022